Selasa, 24 November 2015

Inilah selendang al-Tayalisah yang dipakai Yahudi Isfahan


share dari link fb ~ Neil Armslayer

Inilah selendang al-Tayalisah yang dipakai Yahudi Isfahan 

Nabi SAW bersabda “Dajjal akan diikuti oleh 70.000 yahudi dari kota Isfahan (Nan), mereka memakai Al-Tayalisah”. HR.muslim. 

Hadis ini memberi panduan untuk mengetahui bahawa Dajjal telah muncul ialah dengan mengenal pasti pengikutnya secara khusus iaitu Yahudi Isfahan. Kaum Yahudi pada asasnya terdiri dari 12 suku dan Yahudi Isfahan merupakan salah suku tergolong dalam suku Ephraim. 

“Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku, sebagai golongan-golongan besar,…”(Al-A’raaf 7:160) 

Berbeza dengan puak-puak yang lain Yahudi Isfahan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri yang jelas dapat dibezakan dari puak-puak lain.

Rasulullah s.a.w menjelaskan secara khusus bahawa Yahudi Isfahan ini memakai Al-Tayalisah (Persian Shawl) yang merupakan pakaiannya tersendiri membezakan dari puak-puak yang lain. Pengenalan yang khusus ini membolehkan kita mengetahui peristiwa kemunculan Dajjal seperti yang diberitahu dalam hadis tersebut. 

Gambar-gambar yang dipaparkan ini menunjukkan selendang Al-Tayalisah tersebut dengan ciri-cirinya kain berwarna putih dan mempunyai corak jalur biru tua secara memanjang. 

Jumlah penduduk Yahudi di Iran sebelum terjadinya Revolusi Islam adalah seramai 150,000 orang pada tahun 1948 dan sebaik sahaja revolusi, yang tinggal hanyalah 80,000 orang, iaitu seramai 70,000 orang telah keluar berhijrah ke Israel!

Yang tinggal sekarang ini hanyalah sekitar 25,000 orang sahaja Yahudi di Iran, sebahagian besarnya dalam wilayah Isfahan. 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan