Isnin, 23 November 2015

SESIAPA YANG TENGAH DOWN, BANGKITLAH TAHAJJUD...

share dari link fb ~ Rohana Saad

SESIAPA YANG TENGAH DOWN, BANGKITLAH TAHAJJUD...

Buat sahabat yang sedang merana seolah merasakan hidup tidak lagi bermakna serta merasa diri tidak berguna, maka menangislah sambil mengadu kepada ALLAH di dalam tahajjud. Ia akan menyinarkan kembali kehidupan, memberi semangat dan keazaman serta menghidupkan semula jiwa yang telah mati. 

Ketika sujud, berdoa lah bersungguh-sungguh. Mengadu sungguh-sungguh, memohon keampunan Allah. Memohon agar masalah utama terbelenggu.. "Ya Allah, aku dalam keadaan amat terdesak, tolonglah.. Kau dengar dan makbulkanlah doaku. Kerana tika ini aku tahu, Kau amat dekat denganku dan hanya Engkau yang mendengar permintaan, pengaduanku..."

Buatlah ibadah kepada Allah dengan ikhlas. Mengadulah kepada Allah. Jangan tinggal solat wajib juga bacalah Quran selalu. Di sujud Tahajjud doanya dimakbul Allah. Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasih.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan