Jumaat, 13 Jun 2014

Bubur Biji Sagu

share dari link fb ~Resepi Bonda


Bubur Biji Sagu

BAHAN-BAHAN:
150gm biji sagu
480ml air | untuk rendaman sagu
250ml santan pekat
200ml santan cair
100gm gula pasir
1sm halia | dihiris halus
2 helai daun pandan
¼ sudu teh garam
Sedikit pewarna merah

CARA MEMASAK:
Rendam biji sagu di dalam mangkuk selama sejam.
Di dalam sebuah periuk, masukkan rendaman biji sagu dan sedikit pewarna merah. Kacau sehingga berubah menjadi jernih.
Kemudian, campurkan garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi dan sejukkan di dalam sebuah bekas, ketepikan.
Di dalam periuk berlainan, masukkan santan cair diikuti dengan santan pekat.
Kemudian, letakkan garam dan gula. Kacau hingga pekat dan mendidih.
Potong sagu dan hidangkan bersama kuah santan. Sedia dinikmati.




blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan