Rabu, 4 Jun 2014

Kentang Putar

share dari link fb ~1001 Idea Masakan & Makanan

Kentang Putar

Zatie Cookies


Bahan kentang:

5 biji kentang
2 sudu besar mentega
2 sudu besar susu cair
1 sudu kecil lada sulah
(rebus kentang sehingga empuk,lecek kentang bersama mentega,susu dan lada sulah,jangan biar kentang sejuk,lecek semasa kentang panas.)

Bahan sos:

1 biji bawang kuning
1 batang saderi
1 kiub ayam
5 cawan air
(rebus dan sejukan)

3 sudu besar mentega
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar kicap pekat

Cara memasak:
Kisar bahan rebusan tadi sehingga halus,cairkan mentega dalam periuk dengan api yang kecil,masukan tepung,gaul sehingga tepung berketul,masuk bahan kisar tadi,gaul tanpa henti sehingga tepung larut dan tidak berketul,masuk sos tomato,sos tiram,lada sulah dan kicap pekat,tak perlu garam sebab kiub ayam dah masin,biar didih sebentar,kalau terlalu cair tambah sedikit tepung gandum lg.guna penyedok aiskrim untuk bentuk yang cantik semasa menhidang,tabur sedikit lada hitam.




blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

1 ulasan: