Isnin, 29 April 2013

Hati yang amat dihargai disisi ALLAH ialah yg suci bersih dari sebarang maksia, syubhah, hasad dengki, dan seterusnya perkara yang makruh atau yang dibenci ALLAH



~ In love with ALLAH S.W.T ~
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Sebaliknya hati yang mati tiada keharuman jiwa, ibarat bunga yang busuk sentiasa mengeluarkan bauan yang tidak menyenangkan orang lain. Dengan kata lain, orang yang mati hati tidak hertimbang rasa terhadap orang yang kurang bernasib baik. (Abi Hamid Muhammad M Gazali, 1989. 149)

Kekuatan sebenar......


share dari link fb ~Danau Rindu


Kekuatan sebenar,
bukan terletak pada kekayaan,
bukan juga pada kekuatan tubuh badan,
dan bukan juga pada kuasa dan orang yang dikuasai,
tetapi kekuatan sebenar dapat dilihat apabila
kuatnya dia bersujud dan menangis
kerana cinta kepada ALLAH dan takut akan azabNYA..
-Astaghfirullahaa'zim,ampunkan hambaMU
yang sombong dan lemah ini-
T____T Ya ALLAH,Ya ALLAH,Ya ALLAH
 —

Ahad, 28 April 2013

Persahabatan....

~::* CATATAN INDAHKU *::~
“Persahabatan ibarat sebiji benih yang ditanam, disiram dan dijaga rapi agar mengalir melalui kekuatan akarnya. Tunas yang kian berputik subur. Membesar menumbuhkan pohon. Berkembang menyerata ranting. Merimbun hijau dedaunan yang tak terhitung. Mewangi bunga-bungaan penuh aroma keharuman. Dan menghasilkan buah ranum yang segar dan menyehatkan. Subhanallah..”

Secebis kisah..


share dari link fb ~Akhi Tinta Khalifah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat malam buat sahabat semua..

Secebis kisah..

Pada zaman dulu, ada seorang wanita bangsawan yang cantik memakai purdah dan disukai ramai lelaki ajnabi. Dia mempunyai seorang hamba wanita. Pada suatu hari ada seorang lelaki ajnabi berkata pada hamba wanita bangsawan itu,

"katakan pada tuanmu yang aku rindu padanya dan amat menyukai matanya, aku terbayang-bayang akannya''

Lantas hamba itu pun pulang dan menceritakan pada tuannya. keesokan harinya hamba itu membawa sebuah kotak sambil menangis teresak-esak kepada lelaki ajnabi itu. Lelaki itu membuka kotak itu, alangkah terkejutnya lelaki itu kerana ada sepasang mata di dalam kotak tersebut. Hamba wanita bangsawan itu tadi berkata,

''Tuanku sanggup mengorbankan matanya demi menjaga dari dipandang oleh lelaki ajnabi, menjaga hubungannya dengan Allah dan kerana takutnya dengan Allah"

SubhanAllah..

Ya Allah yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat
Berikanlah Cahaya petunjukMU pada seluruh umat Islam
Pandulah kami yang masih buta di dalam Cahaya
Masih teraba-raba di laluan yang rata

Ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Rabbi
Hanya Engkaulah yang Maha Pengampun
Kurniakan kami kemanisan CintaMU
Agar kami diizinkan mencium keharuman SyurgaMU
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin...

Soal jawab kemusykilan agama


share dari link fb ~Selamat Malam Sayangku


Soalan : Apa hukum orang LELAKI pakai seluar ketat?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus : Jika ketat sangat hingga nampak
bentuk peha dan punggung hukumnya MAKRUH, tapi jika nampak jelas bentuk ANGRY BIRD maka hukumnya HARAM.

Tapi jika perempuan, nampak bentuk badan sahaja dah haram. Memakai baju lengan pendek walaupun lengan
pakai INNER ketat, pun haram. Pakaian perempuan tak boleh menampakkan bentuk badan dan warna kulit. Kenapa begitu? Sebab bentuk tubuh badan perempuan ni special. Ada daya
tarikan.

Bentuk badan lelaki ni ibarat kancil, manakala bentuk badan perempuan ibarat Lamborghini Diablo. Kalau letak bersebelahan, orang giler je yang pegi tengok kancil dulu.

- Ustaz Azhar Idrus - (JOM SHARE untuk SEBARKAN)

LARANGAN MENCELA MAKANAN/MINUMAN


share dari link fb ~ Koleksi Mutiara Kata ~


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

LARANGAN MENCELA MAKANAN/MINUMAN

"Lauk ini terlalu masin"
"Kopi ini terlalu pahit"
"Epal itu terlampau masam"
"Nasi ini lembik"

Semua di atas termasuk dalam mencela makanan jika ada niat tidak menyukainya. Tetapi dibenarkan jika dia sememangnya menyukainya.

contoh: "Jus ini terlalu manis" sedangkan dia memang menyukai jus yang manis itu, maka itu dibenarkan.

Abu Hurairah berkata: "Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan sama sekali. Jika beliau menyukai sesuatu, beliau memakannya dan jika beliau tidak menyukainya, beliau meninggalkannya."

( Muttafaqun Alaihi )

LELAKI PILIHAN WANITA


share dari link fb ~Cintailah Pencipta Kita


LELAKI PILIHAN WANITA

♥ Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
♥ Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
♥ Berpendirian teguh
♥ Bersikap terbuka dan matang
♥ Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
♥ Mempunyai sifat kepimpinan
♥ Boleh berbincang dan berterus terang
♥ Penyabar
♥ Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
♥ Cerdik dan bijaksana
♥ Peramah dan mesra
♥ Kerjaya yang terjamin
♥ Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat

Ya akhi sifat mana yang tidak ada sama kamu?? ^_^
Ya ukhti sifat mana yang tidak ada sama pacar kamu?? ^_^

Muslimah Sejati


share dari link fb ~Islam Agama Ku


~Muslimah sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, namun sejauh
Mana ia mampu menjaga tubuhnya dengan menutup aurat agar tak sembarang orang melihatnya..

~muslimah sejati bukan dilihat darin banyaknya berbuat kebaikan,namun dari keikhlasan
Karena mengharap redha Allah semata..

~muslimah sejati bukan dilihat dari indahnya lantunan suara,namun sejauh mana ia
Mampu menjaga lisan agar tak banyak orang tersakiti olehnya..

~muslimah sejati bukan dilihat dari bagusnya mutiara kata yang ia rangkai,namun
Sejauh mana ia mampu menyelaraskan antara ucapan dan perbuatan..

~muslimah sejati bukan dilihat dari tingginya ilmu yang dimiliki,namun sejauh mana ia
Mampu memanfaatkan ilmu baik untuk diri dan sesama..

~muslimah sejati bukan dilihat dari banyaknya pria yang memuja dan mencintainya,namun sejauh mana ia mampu menjaga kehormatannya serta mempertahankan cinta sucinya hanya untuk kekasih halalnya..

~saudariku..jadilah wanita yang anggun dan mampu menjaga harga diri niscaya kita akan lebih
Dihormati.nilai kita bukan terletak dari bagusnya tubuh,indahnya lantunan suara,tingginya
Ilmu dan banyaknya pria yang ingin memiliki, namun sejauh mana kita mampu menjaga harga diri kita
Serta memanfaatkan segala potensi yang kita miliki untuk meraih ridha-nya semata.

Semoga bermanfaat dan menginspirasi sahabat muslimah semuanya ;)

Kek Coklat Moist


share dari link fb ~Buku Resepi

Kek Coklat Moist
Oleh:Seharum Kasturi
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan2:

1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan mentega cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder (diayak)
1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
3 biji telur (Gred A)
Sedikit esen vanila
Sedikit emulco

Cara2nya:

* Campurkan serbuk koko,gula,susu cair,susu pekat,mentega cair,esen vanila dan sedikit emulco ke dalam periuk.

* Letakkan di atas api sederhana.

* Bahan-bahan tadi dikacau menggunakan whisk sehingga sebati.

* Tutup api dan biarkan ia suam buat seketika.

* Sementara itu,pukul telur sehingga kembang.Kemudian,masukkan telur ke dalam adunan koko tadi.

* Tepung gandum yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat dicampurkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit.

* Gaul adunan sehingga sebati dan tuangkan ke dalam loyang.

*Selepas itu,kukus adunan itu selama 1 jam.Jangan lupa untuk menutup adunan itu dengan aluminium foil agar wap tidak menitis ke dalam adunan.

Untuk topping:

250 gram coklat masakan
1 sudu besar mentaga
130 ml whipping cream
Cara2 membuat topping:


* Untuk cairkan coklat masakan itu,gunakan kaedah double boiled.

* Setelah coklat cair,baru masukkan mentaga dan whipping cream.

* Kacau guna whisk sehingga sebati.

* Tutup api dan sedia digunakan.
Tips : Pastikan kek yang dikukus tadi sejuk dahulu sebelum diletakkan topping.

Makanan Yang Boleh Menggemukkan Anda


share dari link fb ~ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


Makanan Yang Boleh Menggemukkan Anda

1. Nasi Lemak - Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat, protein, lemak) lebih kurang 390 kalori tidak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450 - 500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong (170 kalori) atau lauk yang lain, itu akan mnambahkan berat badan dan kolesterol anda.

2. Roti Canai - Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan 2 keping bermakna 600 kalori.

3. Nasi Goreng - Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau hendak makan juga, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais Krim - Ais krim memang sedap. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori. Dua scoop ais krim bersamaan 380 kalori.

5. Burger -Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang ada telur. Jangan amalkan selalu.

6. Mee Kari - Hidangan mee dengan sup kari, santan. Sungguh menyelerakan. Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, gantikan dengan mee sup. Mee sup hanya 380 kalori.

7. Makanan Bergoreng - Sekeping pisang goreng bersamaan 170 kalori. Makanan seperti ini tidak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Kurangkanlah makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dan lain-lain)

8. Susu Pekat Manis - Susu penuh krim kurang elok untuk anda. Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, anda dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60 kcal.

9. Roti Manis dan Donut - Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa-apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. Gantikan dengan roti wholemeal.

10. Mayonis - Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Oleh itu, kurangkannya.

Orange chocolate cake


share dari link fb ~Buku Resepi


Orange chocolate cake 
Oleh:Hanishah Abdul Hamid
cc : www.facebook.com/bukuresepi

Bahan A

200gm butter
200gm gula kastor
3 biji telur
1 sb kulit oren parut
1sb vanila esen

Bahan B
250 gm tepung gandum
1st baking powder
1 st baking soda
1/2 st garam

Bahan C

250 gm krim masam saya guna yogurt
40 gm chocolate masakan cairkan dgn kaedah double boiled

Caranya

1. Panaskan oven 180c
2. Pukul butter dan gula hingga kembang
3. Masukan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
4. Masukan kulit oren dan esen vanilla
5. Satukan bahan B
Masukan bahan B dalam adunan tadi sedikit demi sedikit
6. Masukan krim masam
7. Ambil separuh adunan masukan chocolate yang dicairkan.
8. Tuangkan kedalam loyang 9" warna oren dan diselangi dengan warna chocolate.lupa nak bagi tahu warna yg kosong tadi saya masukan sedikit warna oren.
9.Bakar selama 55-60 minit.Selamat mencuba....
 

✽ PENANTIAN KU ✽


shared Islamic Motivation's fb status


✽ PENANTIAN KU ✽

❥ YA RABB..
Tak terasa waktu terus menanjak,
Dan usiapun terus bertambah,
Kaki pun terus menapak,
Di atas garisan taqdir-MU,

Langkah sendiriku tannpa pimpinan,
Langkah sendiriku tanpa penuntun,
Langkah sendiriku tanpa Imam,
Dan ENGAKU lah yang selalu jadi Teman sendiriku,

Kadang lelah menghujam,
Saat hati terantuk batu ujian,
Kadang gundah datang menyerang,
Saat langkah tiba di persimpangan,
Namun ENGKAU lah penyembuh dan penunjuk jalanku..

❥ YA ILLAHI RABBI..
Langkahku akan goyah tanpa kekuatan kasih-MU,
Langkahku akan goyah tanpa bimbingan-MU,
Langkahku akan goyah tanpa tuntunan-MU
Dan langkahku akan goyah tanpa campur tangan-MU..

Semua telah menjadi ketetapan-MU,
Semua telah menjadi kepastian-MU,
Dan semua telah ENGKAU tulis di Lauh Mahfudz bagianku,,,,,

Rencana-MU tak mampu kureka,
Ketetapan-MU tak mampu ku duga,
Namun kuyakin itu senantiasa baik dan indah untukku.
Sesuai kehendak-MU..

❥ YA ALLAH YA RABBI..
Aku akan lemah tanpa seorang teman,
Yang akan menemani sendiriku memaknai semua yang ENGKAU sajikan,
Karena dunia-MU sarat dengan godaan,
Yang setiap saat dapat menyesatkan Iman..

PENANTIAN ini terasa panjang dan melalahkan, jika belum segera di akhirkan..

❥ YA ALLAH..
Segerakan aku seorang Imam, sebagai penyempurna separuh agamaku..
Seorang Insan pilihan yang TERBAIK Sesuai Kehendak-MU dan dalam ridha-MU..

Perkenankan lah doa hamba-MU ini..

Aamiin Yaa Rabbal'alamiin..

Solat Subuh....


share dari link fb ~seindahcintaislam.blogspot.com


"Man! Bangun sembahyang subuh." Mak Imah mengetuk pintu bilik anak terunanya. Tiada respon.

Melihat jam di dinding kayu... 6.30 a.m.

"Man....!" panggilannya lebih kuat dari tadi. Biar sekampung bangun. Geram dengan anaknya yang liat hendak bangun pagi. Subuhnya selalu saja terlepas.

Man terkejut. "Hmmm..." Man merungut, suaranya garau. Mata yang dipenuhi tahi mata dibuka kecil. Dia kembali menarik selimut hingga menutup kepala. Sukar untuk terlelap semula.

Mak Imah diam mencari strategi. Masih berdiri di depan pintu bilik anaknya.

"Man... Di pagi yang indah ini, Man bertuah dapat dengar suara mak yang kejutkan Man..." Mak Imah memulakan strateginya.

"Cuba Man bayangkan kalau esok Man terbangun Malaikat Mungkar dan Nangkir yang tolong kejutkan Man." Sambung Mak Imah sambil tersenyum, menunggu respon dari anaknya.

Dari dalam bilik Man terdengar kata-kata Mak Imah. Selimut ditarik, sudah tidak menutup kepala. Matanya tercelik luas.

"Man, hari-hari Man bangun lewat. Tengahari baru jumpa air nak mandi... mana tahu esok jugak Man kena mandi awal, dah tak boleh mandi sendiri. Tok Imam rumah tepi bendang tu ha yang akan tolong mandikan Man..."

"Man mati tu boleh datang menjemput kita bila-bila masa. Tak kira tua atau muda. Man sembahyang subuh pun jarang-jarang. Man tak takut ke? Mana tahu esok orang kampung pulak tolong sembahyangkan Man" Sambung Mak Imah lagi, dengan strategi terbarunya. Memberi ceramah motivasi pagi. Selama ini sudah bermacam strategi Mak Imah guna, dari percik air sampai simbah sebaldi air, Man tetap Man... Subuhnya selalu terlepas.

Dumm...! Pintu bilik terbuka luas. Dari dalam bilik, Man merempuh keluar. Terus lompat terjun ke dapur. Rumah papan dua tingkat itu bergegar. Sekelip mata Man sudah berada di dalam bilik air. Membersihkan diri dan berwuduk. Mak Imah terlopong. Strategi motivasi paginya hari ini sukses...! Senyum lebar tanda kemenangan.

Semenjak hari itu, Man tidak lagi meninggalkan solat subuh dan solat lima waktu yang lain. Malah kadang-kadang dia pula yang bangun lebih awal dari Mak Imah. Dia juga sering berjemaah di surau. Setiap kali berjumpa Tok Imam rumah tepi bendang, dia pasti teringat motivasi pagi dari maknya. Sanggat menginsafkan...!

# Orang Islam digalakkan solat lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. Orang yang menunaikan solat lima waktu khususnya solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari.

Story by:Layna Marconaa

*•☆°•✽✽FAEDAH MENGINGAT KEMATIAN✽✽•°☆•*



*•☆°•✽✽FAEDAH MENGINGAT KEMATIAN✽✽•°☆•*

☆•☆•Assalamu'alaikum`warahmatullahi`wabarakatuh•☆

ღ☆ღBismillahirrahmanirrahiim...


❀¸.•❤•.❀ ..•❤•.¸✿ ✿¸❀¸.•❤•.❀

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (QS. Ali-'Imran : 185)

Kapankah Kematian akan menjemput kita ?
Kita tak ada yang tau kapan ia akan menjemput kita, apakah puluhan tahun ?
Beberapa tahun lagi ?
Atau dalam hitungan bulan, hari, jam, atau mungkin beberapa detik lagi ?
Maka perbanyaklah mengingat kematian dan bersiaplah menyambut tamu terakhir yaitu kematian.

Persiapkan diri kita dengan bekal amal sebanyak banyaknya....!!
kematian orang yang sekitar kita, itu sudah cukup sebagai pengingat, penyadar dari kelalaian kita. Bahwa kita pun akan sama dengannya, akan kembali pada Allah.
Dunia akan kita tinggalkan di belakang. Dunia hanya sebagai lahan mencari bekal. Alam akhiratlah tempat akhir kita.
Sungguh kematian dari orang sekeliling kita banyak menyadarkan kita.
Oleh karenanya, kita diperingatkan untuk banyak-banyak mengingat mati. Dan faedahnya amat banyak.

Kita dianjurkan untuk mengingat mati dan mempersiapkan diri menghadap kematian.
Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Perbanyaklah mengingat pemutus kelezatan.” (HR. An Nasai no. 1824, Tirmidzi no. 2307 dan Ibnu Majah no. 4258 dan Ahmad 2 : 292. Hadits ini hasan shahih menurut Syaikh Al Albani).

Yang dimaksud pemutus kelezatan pada Hadits di atas adalah kematian.
Kematian disebut haadzim (pemutus) karena ia menjadi pemutus kelezatan dunia.

Dari Ibnu ‘Umar, ia berkata, “Aku pernah bersama Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam, lalu seorang Anshor mendatangi Beliau, ia memberi salam dan bertanya, “Wahai Rasulullah, mukmin manakah yang paling baik ?”
Beliau bersabda, “Yang paling baik akhlaknya.”
“Lalu mukmin manakah yang paling cerdas ?”, ia kembali bertanya.
Beliau bersabda, “Yang paling banyak mengingat kematian dan yang paling baik dalam mempersiapkan diri untuk alam berikutnya, itulah mereka yang paling cerdas.” (HR. Ibnu Majah no. 4259. Hasan kata Syaikh Al Albani)

FAEDAH MENGINGAT KEMATIAN

1. Mengingat kematian adalah termasuk ibadah tersendiri, dengan mengingatnya saja seseorang telah mendapatkan ganjaran karena inilah yang diperintahkan oleh suri tauladan kita, Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam.

2. Mengingat kematian membantu kita dalam khusyu’ dalam shalat.
Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, (artinya) :
“Ingatlah kematian dalam shalatmu karena jika seseorang mengingat mati dalam shalatnya, maka ia akan memperbagus shalatnya.
Shalatlah seperti shalat orang yang tidak menyangka bahwa ia masih punya kesempatan melakukan shalat yang lainnya. Hati-hatilah dengan perkara yang kelak malah engkau meminta udzur (meralatnya) (karena tidak bisa memenuhinya).” (HR. Ad Dailami dalam musnad Al Firdaus. Hadits ini hasan sebagaimana kata Syaikh Al Albani)

3. Mengingat kematian menjadikan seseorang semakin mempersiapkan diri untuk berjumpa dengan Allah. Karena barangsiapa mengetahui bahwa ia akan menjadi mayit kelak, ia pasti akan berjumpa dengan Allah. Jika tahu bahwa ia akan berjumpa Allah kelak padahal ia akan ditanya tentang amalnya didunia, maka ia pasti akan mempersiapkan jawaban.

4. Mengingat kematian akan membuat seseorang memperbaiki hidupnya.
Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, (artinya) :
“Perbanyaklah mengingat pemutus kelezatan (yaitu kematian) karena jika seseorang mengingatnya saat kehidupannya sempit, maka ia akan merasa lapang dan jika seseorang mengingatnya saat kehiupannya lapang, maka ia tidak akan tertipu dengan dunia (sehingga lalai akan akhirat).” (HR. Ibnu Hibban dan Al Baihaqi, dinyatakan hasan oleh Syaikh Al Albani).

5. Mengingat kematian membuat kita tidak berlaku zholim
Allah Ta’ala berfirman, “Tidaklah orang-orang itu menyangka, bahwa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan.” (QS. Al Muthaffifiin : 4).
Ayat ini dimaksudkan untuk orang-orang yang berlaku zholim dengan berbuat curang ketika menakar. Seandainya mereka tahu bahwa besok ada hari berbangkit dan akan dihisab satu per satu, tentu mereka tidak akan berbuat zholim seperti itu.

Nasehat ulama tentang mengingat kematian

Abu Darda’ berkata, “Jika mengingat mati, maka anggaplah dirimu akan seperti orang-orang yang telah meninggalkanmu.”

Yang menakjubkan pula dari Ar Robi’ bin Khutsaim. Ia pernah menggali kubur di rumahnya. Jika dirinya dalam kotor (penuh dosa), ia bergegas memasuki lubang tersebut, berbaring dan berdiam di sana. Lalu ia membaca firman Allah Ta’ala, “(....Ketika datang kematian pada seseorang, lalu ia berkata) : Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia) agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan...” (QS. Al Mu’minuun : 99-100)
Ia pun terus mengulanginya dan ia berkata pada dirinya, “Wahai Robi’, mungkinkah engkau kembali (jika telah mati), Beramallah...!!”

Semoga menjadi renungan yang baik bagi kita semua, terutama buat diri kami sendiri.
Semoga Allah menganugerahkan kematian yang khusnul katimah kepada kita kelak dan memasukkan kita ke dalam surga-Nya dan melindungi kita dari siksa kubur dan siksa api neraka. Aamiin....!!

✽✫✫¸.•°*”˜˜”*° ♥
¸.•°*”˜˜”*°•. ♥
☻/ღ˚ •。* ˚✰˚ ˛★* 。
/▌*˛˚ღ •˚ ✰* ★
/ \ ˚. .❀¸.•❤•.❀ ..•❤•.¸✿ ✿¸.
✿) Salam Erat Silaturahmi Dan✿)
✿) Salam Santun Ukhuwah Fillah✿)
(¯`*•☆°•Hj.WHW Ksp•°☆•*´¯)
❀¸.•❤•.❀ ..•❤•.¸✿ ✿¸❀¸.•❤•.❀

Mengapa Yahudi Bijak?


by: Dr stephen Carr leon

Mengapa Yahudi Bijak? 

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? 

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. 

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?

Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. 

Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan bua- buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).

Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah…… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. 

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini?

Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. 

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70 !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato!'Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Ringan-ringankan jari anda ( ♥ Klik SHARE ♥)

Sabtu, 27 April 2013

Siri Mari Kenali Tarim Kelebihan Tarim



siri mari kenali tarim
kelebihan tarim


kata2 tentang yaman amnya dan tarim khasnya
Hadis Nabi
- "Allahumma baarik lana fi yamaanina"(Hadis Rasulullah saw),
"telah datang pada kalian ahli yaman, mereka adalah orang yg lembut dan baik hatinya,iman berasal dari yaman,dan ilmu nafi' berasal dari yaman"(hadis Rasulullah saw),
"sungguh aku menemukan "nafas ar rahman" dari arah yaman"(Hadis Rasulullah saw),
"ketika terjadi fitnah dimana mana maka tetapilah kalian negeri yaman,krn sesungguhnya ia adalah tanah yg di berkahi"(Hadis Rasulullah saw),
-hadits hadits lain boleh dilihat di kitab "al kanzu al madfuun fi manaqib bilad al yaman al maimuun"
-adapun kota terbaik di yaman 'indal ulama' wal auliya' adlh kota tarim

Kata2 ulama
-"andai saja mereka melihat hakikat kota tarim, maka mereka akan mengatakan:"syurga dunia adalah tarim"(al imam ahmad bin abil hubb),
-"setitis ilmu di tarim lebih baik dari pada lautan ilmu di luar tarim"(al imam abdurrahman as segaf)
-"andai saja engkau mengeluarkan seluruh hartamu untuk mengunjungi kota tarim, maka apa yg engkau dapatkan akan lebih banyak dari pada yg kau keluarkan"(al imam abdullah al haddad)
-"di maqbaroh zanbal dimakamkan lebih dari 10000 wali,80 diantaranya adalah qutbh(tingkatan wali tertinggi)"(al imam abdurrahman as segaf),jumlah ini sekitar 600 thn lalu,sebelum wafatnya imam as segaf. al aidrus,imam al muhdor,imam al haddad,mungkin skrng jumlah awlia' di zanbal sudah mencapai ratusan ribu(kesimpulannya katsir jiddan),di zanbal juga terdapat makam makam sahabat Nabi iaitu ahlu badr,
-"ahlu tarim bukan malaikat tapi mereka lebih baik dari malaikat"(al imam ali al habsyi)
-"3 hal yg diperlukan mereka yg tinggal di tarim : tawadhu',adab,dan hidup sederhana''(al imam ahmad bin hasan al atthos)
-"siapa yg tetap dgn adab dan akhlak di tarim, maka tarim akan menjadikannya bintang,bulan,atau bahkan matahari yg menerangi manusia dgn ilmu dan nurnya"(al imam alwi bin syihab)
-"tidak ada tempat di dunia ini yg lebih baik dari tarim setelah al masajid ats tsalatsah(makkah,madinah,aqsha)"(al imam abdullah al haddad)

banyak lg fadhoil2 tarim....

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

share dari link fb ~Nuraini Siri



BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya

♥♥ Da habis baca, Jgn lupa tekan share ye.. sama2 kite sebarkan info berguna ni pada ibu/bapa muda yg 1st time nk smbut bby ♥♥

Pelbagai Ujian dan Dugaan yang diterima adalah bukti kasih-sayang ALLAH terhadap hambaNya.....


share dari link fb ~Wanita sholehah calon Syurga

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Bila dalam kesusahan, hati lebih banyak dapat mengingat Allah. Ujian kesusahan juga dapat mendidik kita menjadi sabar, tawakal dan bergantung harap dengan Allah. Ia juga dapat menghapuskan dosa-dosa dan dapat meningkatkan darjat di Akhirat.

Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillallah Wallahuakhbar. Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.

***Mila Kitchen*** KEK GULA HANGUS/SARANG SEMUT



***Mila Kitchen***
KEK GULA HANGUS/SARANG SEMUT
Bahan
2cwn gula
2cwn air
6sdb marjerin
6bj telur
2cwn twpung
1/2cwn susu cair
1st esen vanila
2st soda bocarbonat

Cara
Cairkan gula dan masukkan air . Kacau hingga gula dan air sebati lalu masukkan marjerin . Kacau rata
Sejukkan
Telur dipukul hingga kembang .
Masukkan susu cair . Kacau rata
Masukkan pulak gula hangus dan kacau rata lagi . Masukkan tepung dan kacau sebati
Perap selama 1jam dan bakar pd suhu 160'c hingga masak
 

WAJIB BACA!!! SAUDARAKU ... Tahukah anda apa makna WALL?


share dari link fb ~Kmc Saiful


WAJIB BACA!!! SAUDARAKU ...

Tahukah anda apa makna WALL?

Yup. . Ia bermakna DINDING. Lalu kenapa dengan dinding?

Saya teruskan. .

Siapakah yang membuat FB? Mark Zuckerberg seorang berbangsa YAHUDI. Apa kaitannya WALL & YAHUDI? Kaitan kedua-duanya sangat erat.

DINDING RATAPAN.

Didinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya. Itulah tujuan mereka membuat FB.

Dan tanpa kita sedari, kita lebih banyak mengadu masalah di FB daripada mengadu kepada ALLAH SWT, lebih mengutamakan update status daripada solat dan zikir kepada ALLAH SWT.

Hati-hatilah sahabat, boleh-boleh kita nanti menjadi'' Tassyabuh'' atau menyerupai kaum lain (Yahudi). Nabi melarang dalam sabdanya:'' Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongannya. "

Oleh kerana itu, jangan jadikan WALL FB sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikanlah ia sebagai tempat membahagikan ilmu dan nasihat kebaikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Walaupun hanya kepada 1 orang.

Jadikan Wall FB sebagai media untuk menyebarkan dakwah.

Jika anda belum percaya sila buka Google dan Search:'' Wailing Wall Of Israel''.

Mari kita renungkan.

'' Sungguh kamu akan mengikuti langkah2 orang2 sebelum kamu
sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Bahkan seandainya mereka masuk lubang biawakpun nescaya kalian ikut masuk pula ke dalamnya. Para sahabat bertanya: 'Siapakan mereka itu Ya Rasulullah?'. Beliau menjawab:'' Ahli Kitab (Nasrani & Yahudi). ! Siapa lagi kalau bukan mereka? "[HR. Imam Bukhari]

Jadi postkanlah kata2 hikmah / nasihat / ayat Al-Quran, Hadis, Ulama terdahulu tentang agama Islam.

Gunakan peluang Yahudi / Nasrani yang akan merosakkan umat Islam dengan membangunkan agama Islam melalui platform mereka.

Ini ilmu baru. JOM kita amalkan dan share dengan rakan-rakan yang lain.

Mari kita jalani kehidupan ini dengam ilmu dan iman.

Semoga Allah Ridho ....
(Disadur dari fb: Pendidikan Quran Habiburahman)

Kalau rasa Bermanfaat
klik SHARE .
Insya Allah jika niat kita baik, hasilnya pun akan baik

oleh MukaBuku Cafe Kaisar Entreprenuer Club

Untukmu Ibu


share dari link fb ~Cintailah Pencipta Kita

Untukmu Ibu

Cintamu, adalah cahaya yang menerangi
Setiap kegelapan di dunia fana ini.
Kehadiranmu, begitu berharga,
Bermakna dan berarti.

Ibuku yg cantik...
Tiada hari yg kujalani,
Tanpa sedetik pun tak mengingatmu.
Mengingat sgala pengorbananmu
Yg tak lelah merawatku,
Yg tak bosan menasehatiku,
Dan tak henti menyangiku, spanjang usiamu.

Terima kasih Ibu...
Tlah menghiasi kehidupanku di dunia fana ini,
dengan senyum manismu yg menguatkan batinku.
Terima kasih ibu…
Telah menjagaku hingga kini.
Terima kasih Ibu...
Engkau selalu ada untukku.

Ibuku yg baik...
Maafkan aku, jika pernah melukai perasaanmu.
Maafkan aku, selalu mengecewakanmu.
Maafkan aku, anakmu ini.

Ibu...
Cahaya cintamu, selalu ku nanti.
Bahkan hingga aku mati.
Dan cintamu kan tetap bersinar di hati,
Kekal dan abadi.

posted by suterabidadari