Selasa, 6 Januari 2015

PARU GORENG BERLADA

share dari link fb ~Legacy Secret Trading

PARU GORENG BERLADA

Bahan-bahan: 

500 gm paru 
1 senduk cili kering - dikisar kasar 
1-2 biji bawang besar - kisar 
2 ulas bawang putih - kisar
sedikit belacan 
garam 
gula 
air asam jawa 
perasa
jika suka 1 biji bawang holland - hiris bulat 

Cara: 

1. Perap seketika paru dengan jus limau kasturi. Cuci bersih, dan rebus agak empuk. 
2. Hiris nipis paru tadi dan goreng agak garing. Toskan minyaknya. Ketepikan. 
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau. 
4. Masukkan air asam jawa, kacau sebati. 
5. Bila pecah minyak masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa. Kacau lagi. 
6. Masukkan paru yang sudah digoreng tadi dan gaul dengan sambal lada secara merata. 
7. Masak hingga mesra dan masukkan bawang holland hiris. Kacau rata, biar seketika dan bolehlah dihidangkan.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

MENGAMALKAN ZIKIR DAN DOA TANPA IJAZAH

share dari link fb ~Azwa AL-Hafiy

MENGAMALKAN ZIKIR DAN DOA TANPA IJAZAH

Soalan : Bolehkah kita mengamalkan sesuatu amalan zikir, doa-doa dan membaca surah-surah dari ayat aL-Quran tanpa berguru terlebih dahulu? 

Jawapan:
Jika kita memahami bahasa Arab, dan doa itu adalah ma’thur (مأثور) maka tidak menjadi kesalahan. Kecuali jika seseorang ingin beramal dengan wirid-wirid yang tertentu, mengikut Tarikat tertentu maka hendaklah dia beriLtizam dengan Guru atau Syeikh.

Suka dinyatakan di sini berkenaan dengan pengijazahan, maka ia adalah lebih baik jika bersanad dan dalam pengamalan secara mengikut Tarikat tertentu tetapi berkenaan dengan zikir yang telah difahami dan dimaklumi maka bolehlah dia beramal seperti apa yang ditulis oleh aL-Syahid Hasan aL-Banna, ini kerana beliau sendiri mengambil daripada nas-nas yang masyhur. Sebagai contoh dinyatakan oleh penerbit pada permulaan bukunya, Risalah al-Ma’thurat karya aL-Ustaz Hasan aL-Banna adalah berdasarkan sumbernya daripada hadis-hadis aL-Jami’ aL-Soghir, aL-Jami’ aL-Sahih, aL-Sunan, Amal aL-Yaum wa aL-Lailah dan banyak lagi kitab-kitab yang muktabar. Justeru, kalau inilah maka hukumnya bolehlah kita berzikir dan beramal tanpa ijazah.

Penulis mengemukakan di sini dua dalil al-Quran yang menunjukkan martabat zikir dan suruhan berzikir. Firman ALLAH SWT:

إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّـهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّـهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا 

Maksudnya: "Sesungguhnya lelaki-lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki-lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki-lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki-lelaki dan perempuan yang benar, lelaki-lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki-lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki-lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki-lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki-lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) ALLAH, ALLAH telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.
(Surah aL-Ahzab: 35) 

Dalam firman ALLAH SWT yang lain: 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّـهَ ذِكْرًا كَثِيرًا ﴿٤١﴾ وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا 

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) ALLAH, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.
(Surah aL-Ahzab: 41- 42) 

Akhukum Fillah
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Check/semak tali hubungan kita dgn Nabi ﷺ adakah kendur ataupun semakin dekat dgn Nabi ﷺ,ianya terpulang kepada kita yg memegang disebalik pegangan Baginda ﷺ dan yakinlah Nabi tidak akan melepaskan talinya.

share dari link fb ~Pencinta Majlis Rasulullah

Jikalau diibaratkan drp jalinan hubungan yg ada diantara kita dgn Nabi itu seperti ikatan tali..berapa byk agaknya tali yg dipegang oleh Baginda Rasulullah ﷺ utk memegang setiap umatnya yg menyambung hubungan dgn Nabi ﷺ.

Dan sesusah manapun bebanan terpaksa ditanggung dan tali yg dipegang oleh Nabi sekali-kali Nabi Muhammad ﷺ tidak akan melepaskan tali tersebut kecuali dikalangan ummat nya yg melepaskan talinya.



Mungkin ada tali yg sudah kendur yg dipegang oleh Nabi akibat tidak berselawat kepada Nabi atau semakin jauh dari sunnah Baginda Rasulullah ﷺ dan maksiat yg dilakukan yg menyebabkan kendur talinya,dirasa oleh Baginda Rasulullah ﷺ.



Ada tali yg kemas ketika itu bahkan ada tali yg semakin pendek dipegang semakin dekat dgn Rasulullah ﷺ terus ditarik oleh Nabi dgn banyaknya berselawat kepada Rasulullah ﷺ dgn membina sunnah Nabi dlm kehidupan nya,berakhlak dgn akhlak Baginda Rasulullah ﷺ sehingga Nabi mengatakan utk membuktikan akan apa yg dikatakan tadi mengatakakan;
.
"Sedekat-dekat kamu nanti dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yg paling byk berselawat kepada aku". Semakin dekat ditarik oleh Rasulullah ﷺ dan akan memberatkan mizan itu adalah akhlak yg baik dan semakin dekat kita dgn baginda Rasulullah ﷺ.



Cek tali hubungan kita dgn Nabi ﷺ adakah kendur ataupun semakin dekat dgn Nabi ﷺ,ianya terpulang kepada kita yg memegang disebalik pegangan Baginda ﷺ dan yakinlah Nabi tidak akan melepaskan talinya.



اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم



Petikan Tausiyah Al Habib Najmuddin Bin Othman Al Khered di Maulid Akbar di Majlis Ta'lim Darul Murtadza.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

CORNFLAKES MADU PEDAS

share dari link fb ~1001 Idea Masakan & Makanan

CORNFLAKES MADU PEDAS 


Bahan-bahan :
1 bungkus cornflake
1 bungkus roasted peanut
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
sedikit cili giling/cili kisar
madu secukupnya
sedikit garam
100 g mentega +/-

Cara Membuat;

Cairkan mentega dan tumis bawang merah & putih sehingga garing kemudian masukkan cili giling.

Masukkan madu dan sedikit garam kemudian kacau.

Masukkan kacang tanah dan kemudian cornflakes. Gaulkan bagi rata.

Kalau kurang manis atau minyak, korang boleh tambah mentega dan madu. Gorengkan sehingga kelihatan kuning keemasan dan kemudian tutuplah api.

Sementara tu, panaskan oven dan taburkan cornflakes tadi atas dulang untuk dibakar sambil ratakan sekali. Bakar selama 5 minit sehingga garing dan warna kekuningan.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Walau kita jauh dari Rasulullah ﷺ tapi jadikan Rasulullah ﷺ sentiasa dekat dgn kita.

share dari link fb ~NurHamidah Jalil


Kata ulama' , walaupun mereka hidup jauh dari Makkah AlMukarramah , dari Madinatul Munawwarah akan tetapi mereka senantiasa menjadikan diri mereka seolah-olah berada di antara keduanya .



Walau kita jauh dari Rasulullah ﷺ tapi jadikan Rasulullah ﷺ sentiasa dekat dgn kita. Kerna tidak mungkin bagi kita setiap saat mahu pergi ke sana . Tidak mungkin ! Yang mungkin adalah kita menjadikan Rasulullah ﷺ sentiasa bersama dgn kita .


Dgn apa ? Dgn menjadikan sunnah-sunnah Rasulullah ﷺ amalan yg senantiasa kita lakukan , sentiasa bersama dgn kita dlm keadaan apapun .



Dalam keadaan duduk kita ikut cara duduknya Rasulullah ﷺ , dalam masa kita makan maka kita ikut cara makannya Rasulullah ﷺ , cara kita masuk ke bilik air dgn caranya Rasulullah ﷺ , cara kita tidur menggunakan cara tidurnya Rasulullah ﷺ . Maka ini maknanya kita menjadikan Rasulullah ﷺ sentiasa bersama dgn kita dgn menjadikan sunnah-sunnah Beliau selalu dlm keadaan dekat dgn diri kita .


Berapa byk imam-imam, para khalifah yg telah dtg setelah Rasulullah ﷺ dan mereka semuanya berjalan di jalan Rasulullah ﷺ . Mereka semuanya memiliki sifat yg mengikuti Rasulullah ﷺ sebagaimana sifatnya Baginda Muhammad Rasulullah ﷺ . Walaupun telah terlampau jauh perjalanan mereka .


Para aulia walaupun mereka berada pada jarak zaman yg jauh ribuan tahun dgn Rasulullah ﷺ tetapi mereka tetap berusaha untuk beramal dengan apa yg sudah diajar oleh Rasulullah ﷺ . Mereka berusaha memperindah diri mereka dgn sifat-sifat yg diajarkan oleh Baginda Rasulullah ﷺ .


Jadi walaupun kita jauh dgn Rasulullah ﷺ tapi ketika kita mengambil contoh dan mengikuti sifat Rasulullah ﷺ maka kita akan senantiasa berada di dlm golongan pencinta Rasulullah ﷺ .


اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Roti Lapis Daging Berkeju

share dari link fb Resepi Orang Kampung

Roti Lapis Daging Berkeju

Bahan2:

utk Inti:
300gm daging cincang @ 4 kpg dading burger (dihancurkan) kalau nak daging lebih blh tmbh lg..
2 ulas bwg putih
1 biji bwg besar
1/2 paket perencah daging black paper maggi
Sedikit air
Garam dan gula
Minyak

12kpg roti
3biji telur
200ml susu fresh
8kpg slice cheese
cheddar diparut
* sayur2 ikut suka

Cara Masak:

utk inti:

1.Pnskan minyak, tumis bwg putih mskkan bwg besar n daging... grg hingga daging empuk.
2. Kemudian masukkan perencah black paper dgn sedikit air...
3.Masak sehingga daging msk n kering.
4. Ketepikan n biar sejuk.

Untuk Roti lapis:

1. Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter or mentega
bancuhkan telur dgn susu sehingga sebati
2. celup roti kedalam bancuhan susu td dan susun dlm bekas. buat sehingga penuh bekas utk tingkat yg pertama.
3. tuang kan separuh dr inti tadi keatas roti n ratakan. kemudian susun slice cheese keatas daging.
4. tutup dgn lapisan roti yg dicelup seperti lgkh pertama td...
5. Ulang proses yg sm... Lastly tabur chesdar parut kat lapisan atas sekali..
6. jika ada lebihan telur just siram diatas roti supaya x membazir...
7. bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada sushu 180c lebih kurang 35-40 mnt( sehingga masak)
8. kuarkan dari oven sedia utk dihidang..


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

MEMELIHARA TAQWA, WALAU PAPA DENGAN KEMEWAHAN DUNIA

share dari link fb ~Bicara Hidayah

MEMELIHARA TAQWA, WALAU PAPA DENGAN KEMEWAHAN DUNIA

Segala puji bagi Allah, sholawat dan salam semoga senantiasa tercurah kepada Rasulullah salallahu ‘alihi wasallam, keluarga, sahabat dan seluruh pengikutnya. Salam untuk seluruh Nabi-Nabi dan Rasul-Nya.

Bila manusia mau mencermati indahnya Islam, maka manusia akan dapat melihat kenyataan bahwa Allah telah mengangkat derajat kaum miskin dan papa dari segala kesusahan hidup di dunia menuju kepada kebahagiaan hidup di dunia sampai kebahagiaan di akherat kelak.

Segala puji hanya bagi Allah, kita ketahui bahwa Allah telah menjadikan Islam agama terakhir, agama yang sangat cocok untuk segala lapisan umat manusia. Dan amat sangat cocok untuk orang-orang yang lemah dan serba terbatas. Sebagaimana dalam firman-Nya

وَمَا أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُم بِالَّتِي تُقَرِّبُكُمْ عِندَنَا زُلْفَى إِلَّا مَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحاً فَأُوْلَئِكَ لَهُمْ جَزَاء الضِّعْفِ بِمَا عَمِلُوا وَهُمْ فِي الْغُرُفَاتِ آمِنُونَ ﴿٣٧﴾

“Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikitpun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, merekalah itu yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam surga).” (Saba’, 34: 3)

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَاباً وَخَيْرٌ أَمَلاً ﴿٤٦﴾

“Harta dan anak-anak adalah perhiasaan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (Al Kahf, 18: 46)

Allah subhanahu wa ta’ala telah menumbuhkan Islam dari tempat yang penuh berkah KOTA MAKKAH, di sebuah lembah yang saat ini penuh dengan kelimpahan keindahan dunia dan penuh dengan ibadah kepada Allah, dan dahulunya tempat itu adalah tempat Ibadah yang pertama dibangun, dan tumbuh dengan dituntun oleh utusan Allah, seorang Nabi yang penuh berkah, dan banyak diikuti oleh kaum yang lemah.

Bila kaum yang empunya, pemuja takhta, harta, dan dunia menghabiskan waktu hidup mereka untuk berlomba-lomba menggapai (mencapai) kelimpahan takhta, harta dan dunia, maka Islam mengenalkan kemuliaan dengan ketinggian TAQWA, yang dapat digapai dengan AKHLAQ MULIA. Dan sebenarnya sampai kapanpun Islam tidak pernah membangga-banggakan capaian TAKHTA, HARTA dan gandrung (gila-gila) dengan KESENANGAN DUNIA.

Islam telah menganjurkan manusia untuk selalu MENEGAKKAN SHOLAT dan MEMBAYAR ZAKAT. Bagaimana seorang manusia dituntun untuk selalu dekat kepada Allah dan segala nikmat materi yang didapatkan harus dijadikan sarana untuk mendekat kepada Allah. Sebaliknya bila manusia telah lupa dan bergelimang dengan kesenangan takhta, harta dan kesenangan dunia digunakan di jalan yang salah, dipastikan semakin terjauhkan dari keridhaan Allah dan biasanya terseret ke dalam jalan-jalan lalai dan melupakan kehidupan akherat.

Dari zaman ke zaman kesibukan manusia pada kecintaan yang berlebihan pada kehidupan dunia, maka manusia secara nyata, telah meniggalkan ketinggian haqiqi pengamalan agama yang dianutnya menuju kepada kesibukan bernikmat-nikmat memuja kesenangan dunia.

Bukti nyata telah terpampang di mata kita, bagaimana fasilitas kemewahan dunia telah menyita habis waktu hidup seseorang untuk kemudian banyak waktu untuk menekuni dan asyik dalam kesenangan dunia tanpa ada niatan untuk melihat tanda-tanda keagungan Allah, beribadah kepada Allah, mengagungkan Allah, bertasbih kepada Allah. Kesenangan dunia yang diburu hanya untuk sekedar mengejar kesejahteraan di dunia saja. Untuk memanjakan enaknya saraf-saraf tubuh menikmati fasilitas kehidupan DUNIA.

Bukti nyata adalah dimana tumbuh alam industrialisasi yang jenuh dengan membangun dunia, apapun teori hendak disampaikan, bukti hingga zaman ini yang muncul adalah sepinya tempat-tempat ibadah, dan diteruskan dengan ramainya tempat-tempat hiburan dan tempat dijualnya barang-barang untuk menikmati kesenangan dunia. Lenganglah tempat-tempat ibadah dan ramailah tempat memuaskan hawa nafsu manusia. Dan benarlah firman Allah. 

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرّاً ثُمَّ يَكُونُ حُطَاماً وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ ﴿٢٠﴾

“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya.Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Al Hadid: 57: 20)

Teori apapun yang hendak dikemukakan namun HINGGA HARI INI pada kenyataannya, bila manusia telah memilih jalan menyembah kepada kelezatan dunia, maka ibadahnya kepada Allah subhanahu wa ta’ala akan diabaikan. Dan manusia lebih mementingkan kehidupan dunia. KECUALI BILA MANUSIA SUDAH BENAR-BENAR HIDUP DENGAN MENGAMALKAN ISLAM.

Segala puji bagi Allah semoga kita selalu bisa mengisi kehidupan untuk selalu beriman kepada Allah dan RasulNya, Menguatkan agama-Nya, mengagungkan-Nya dan selalu bertasbih kepada-Nya di waktu dan petang. Wallahu a’lam.
_________
Kredit: mta.or.id
Shared By Bicara Hidayah


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/