Selasa, 6 Januari 2015

CORNFLAKES MADU PEDAS

share dari link fb ~1001 Idea Masakan & Makanan

CORNFLAKES MADU PEDAS 


Bahan-bahan :
1 bungkus cornflake
1 bungkus roasted peanut
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
sedikit cili giling/cili kisar
madu secukupnya
sedikit garam
100 g mentega +/-

Cara Membuat;

Cairkan mentega dan tumis bawang merah & putih sehingga garing kemudian masukkan cili giling.

Masukkan madu dan sedikit garam kemudian kacau.

Masukkan kacang tanah dan kemudian cornflakes. Gaulkan bagi rata.

Kalau kurang manis atau minyak, korang boleh tambah mentega dan madu. Gorengkan sehingga kelihatan kuning keemasan dan kemudian tutuplah api.

Sementara tu, panaskan oven dan taburkan cornflakes tadi atas dulang untuk dibakar sambil ratakan sekali. Bakar selama 5 minit sehingga garing dan warna kekuningan.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan