Khamis, 13 Februari 2014

Petua Untuk Menghalau Cicak

share dari link fb ~ ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


Petua Untuk Menghalau Cicak

1.Makanan cicak ialah serangga. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga, sikit cicak. Kalau anda ingin hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab tidak ada rezeki dalam rumah kita. Kenapa ada serangga di rumah? Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarangserangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan kegemaran cicak ialah semut, anai-anai dan lipas.

2. Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Ia tidak tahan pijau. Tumbuk 2 biji lada merah atau 5 cili padi. Bancuh dengan air. Masukkan dalam botol spray dan anda spray di tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak duduk bermusyawarah dalam kumpulannya, ataupun cicak menyorok.

3. Cicak tidak suka dengan kulit telur ayam. Mungkin ia alergik dengan mineral kulit telur. Basuh dan keringkan kulit telur ayam dalam masa 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil. Lekatkan rapat-rapat pada cardboard dan gam.

4. Cicak memang takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya.

5. Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya. 

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ - blog - Sepanjang Jalan Kehidupan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan