Isnin, 28 April 2014

KERAPU STIM LIMAU

share dari link fb ~ Masakan OQANG KEDAH


KERAPU STIM LIMAU

Bahan :

Seekor ikan kerapu @ siakap
Halia 3 cm- dihiris memanjang
bawang putih -dihiris
5 biji cili padi-dihiris memanjang
1 sudu makan sos tiram
daun ketumbar- dipotong sederhana
4 biji limau kasturi
garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis
air secukupnya utk merebus

Cara2nya:
1. sapu garam seluruh badan ikan dan sumbat perutnya dgn separuh halia yg dihiris tadi. Biarkan 10 minit.

2. Panaskan minyak pastuh tumis bawang putih, halia & cili padi sampai naik bau.

3. Masukkan sos tiram dan seterusnya air.

4. Setelah mendidih, masukkan ikan bersama separuh daun ketumbar yg dipotong tadi. tutup kuali dgn penutup dan tunggu sampai masak.

5. Dah sesuaikan rasa dgn garam, boleh la angkat & hidang dalam pinggan besar. Taburkan daun ketumbar yg separuh lagi dan jus buah limau kasturi.

SELAMAT MENCUBA 

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ - blog - Sepanjang Jalan Kehidupan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan