Selasa, 29 April 2014

ZIKRULLAH MENENANGKAN HATI...

share dari link fb ~PONDOK HABIB

ZIKRULLAH MENENANGKAN HATI...

Di antara kelebihan :-

1. Mendapat syafaat dari Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam

"Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam : Yang akan mencapai kebahagiaan dan keuntungan melalui syafaatku ialah orang yang mengucap kalimah Lailahaillallah dengan hati yang ikhlas".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

2. Mendapat jaminan syurga ALLAH Subhanahu wa Ta'ala

Dari Zaid bin Arqam r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

"Barangsiapa yang mengucapkan Lailahaillallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam Syurga. Lalu ditanya kepada Baginda : Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda : Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram".(Hadis riwayat Al-Imam At-Tabarani).

3. Tidak akan dimasukkan ke dalam api Neraka

Dari Umar r.a meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

"Aku mengetahui satu kalimah yang tidaklah seorang hamba pun yang mengucapkannya dan membenarkannya dengan hati kemudian ia mati dengannya melainkan haramlah ke atasnya Neraka Jahanam. Kalimah itu Lailahaillallah".(Hadis riwayat Al-Imam Al-Hakim).

4. Amalan yang timbangannya lebih berat dari amalan-amalan yang lain.

Dari Abi Abas r.a bahawa Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

"Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada dibawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah Lailahaillallah di sebelah yang lain, maka dacing kalimah (Lailahaillallah) itulah yang lebih berat".(Hadis riwayat Al-Imam At-Tabarani).

5. Anak kunci Syurga

Muaaz bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

Anak-anak kunci Syurga ialah mengakui kalimah Lailahaillallah (Hadis riwayat Al-Imam Ahmad). 

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ - blog - Sepanjang Jalan Kehidupan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan