Selasa, 15 September 2015

JANGAN PERNAH MENGHARAP PADA MANUSIA

share dari link fb ~ Rohana Saad

JANGAN PERNAH MENGHARAP PADA MANUSIA

Jangan pernah bebankan manusia dengan masalah kita. Seberat mana kita rasa terbeban dengan dunia, Serendah mana kita ditolak jatuh olehnya, Seluka mana kita dikhianati manusia. Jangan pernah kita mengharap manusia untuk dengar kita. Paling tidak,mereka cuma mampu kata “sabar,ini ujian untukmu”. Sedang mereka tidak tahu apa yang ada dalam hati kita.

Setiap detik yang kita rasa hilang. Rasa seperti seolah jiwa terbang, Ingati tuhan. Kerna,cuma yang mengingati tuhan akan dibalas dengan sayang. Cuma yang mengerti nilai menjadi hamba, Akan mengerti kemana harus dia pergi seandai dihimpit dunia.

Ingat,manusia tak selalu ada untuk kita. Hatta orang yang paling kita sayang dan kita cinta. Tapi tuhan, Sempurna sifatNya pada setianya Dia. Luahkan pada Allah,
Luahkan pada Allah, Dan tetap meluah pada Allah. Iya memang, Dia Maha Mendengar. Tak perlu luah pun takpe.

Tapi bukankah kurangnya sifat hamba itu pada kebergantungannya? Jangan ego didepan tuhan. Jangan merampas sifat yang cuma layak bagi Dia. Moga kita,tuhan jagai hati hatinya. Jika mengharap kasih sayang manusia, dahulukan mencintai Allah kerana Allah Maha Penggenggam hati, apapun Yang Allah Kehendaki akan terlaksana..

Insya Allah. Aamiin

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan