Khamis, 3 September 2015

Serimuka Tiga Rasa

share dari link fb ~ Resepi Kuih Raya Turun Temurun

Serimuka Tiga Rasa

Lapisan Bawah:-loyang 10x10x3@2 inci
500 gm beras pulut
200 ml santan pekat
300 ml air
1 sudu kecil garam halus
pewarna hijau dan perisa pandan

Cara2nya:-
Basuh beras pulut dan rendamkan pulut sekurang2nya 4 jam bersama pewarna hijau.
Buangkan air rendaman,basuh bersih pulut dan toskan. Ketepikan dulu.
Sapukan sedikit minyak masak di sekeliling loyang dan alaskan plastik dan sapu sedikit minyak lagi.
Masukkan beras pulut yg di toskan tadi ke dlm loyang dan ratakan. 
Dalam bekas lain, satukan santan pekat, air, garam, perisa pandan dan pewarna hijau. Gaul sebati.
Tuangkan adunan santan tadi ke dlm loyang berisi pulut dan gaul rata.
Kukus semua bahan diatas selama 30 minit. Bila pulut dah masak, gaul sebati dan tekan2kan rata. 
** Sementara kukus pulut masak, bolehlah sediakan bahan2 utk lapisan tengah.

Lapisan Tengah 

1 cawan labu manis- yg sudah di parut/sagat halus
1 1/2 cawan tepung beras*
2 sudu besar rata tepung jagung*
1 cawan santan pekat*
2 cawan air*
3/4 cawan gula kastor*
1/2 sudu kecil garam*

Cara2nya,
Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis dan masak hingga naik wap, Sentiasalah di kacau guna whisk dan guna api sederhana je dlm 5 minit - tutup api.
Masukkan labu yg di parut tadi dan kacau rata. 
Tuangkan adunan ke atas permukaan lapisan bawah/pulut dan kukus selama 20 minit.
**Sementara tunggu adunan lapisan tengah masak, bolehlah sediakan adunan utk lapisan atas. 

Lapisan Atas
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula kastor
1/2 sudu kecil garam
2 biji telor
300 ml air
100 ml santan pekat-santan kara
2 sudu kecil coklat emulco

Cara :
Satukan semua bahan dan tapis ke dlm periuk. 
Masak hingga naik wap dlm 3 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk. 
Tuang atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit. Kelar2kan sikit permukaan lapisan tengah sblm tuang adunan atas. Pastikan tiada air di permukaannya. Sekiranya ada lapkan guna kitchen towel.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong guna pisau plastik.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan