Isnin, 21 September 2015

RESEPI SIAKAP STIM HALIA

share dari link fb ~ Denaihati Network

RESEPI SIAKAP STIM HALIA

Bahan-bahannya :
● 1 ekor ikan siakap
● 6 ulas bawang putih (dihiris halus)
● 2 inci halia (dihiris halus)
● 2-3 biji jus limau nipis
● 1 sudu makan sos ikan
● 3-4 biji cili api (dihiris)
● sedikit air
● garam secukup rasa
● hirisan daun sup
● 1-2 batang serai

Cara-caranya :
1. Sediakan pengukus dan jerangkan air.

2. Lumurkan ikan dengan garam secukupnya dan letak di dalam bekas tahan panas.

3. Taburkan bawang dan halia yang sudah dihiris tadi di atasnya. Kukus sehingga 1/2 masak.

4. Masukkan sos ikan, sedikit air, cili padi dan jus limau nipis serta serai. Kukus lagi hingga masak.

5. Setelah masak, taburkan daun sup dan biarkan ia merenih sebentar.

6. Sedia utk dihidangkan bersama nasi putih.

selamat mencuba dan menjamu selera

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan