Isnin, 21 September 2015

KARI HIJAU THAI

share dari link fb ~ Aneka Resepilike emoticon

KARI HIJAU THAI

Bahan-bahan
400g Ayam
1 cmb Ketumbar
½ cmb Jintan Manis
4 helai Daun Limau Purut
1 btg Serai
½ bj Bawang Besar
1 ulas Bawang Putih
2 cm Halia
50g Daun Ketumbar
20 bj Cili Api Hijau
200 ml Pati Santan
750 ml Air
2 cmt Garam
1 cmb Gula
2 cmb Minyak Masak
Sayur-sayuran seperti Kacang Panjang, Terung, Carrot atau Ubi Kentang dan sebagainya.

Cara membuatnya
1.Pertama sekali, buat Pes Kari Hijau dengan mengisar ketumbar, jintan manis, bawang besar, bawang putih, halia, cili api dan daun ketumbar. Ayam perlu dibersihkan dan potong mengikut saiz yang digemari.
2.Panaskan minyak masak dan tumiskan serai dan daun limau purut yang diketuk serta Pes Kari Hijau sehingga wangi.
3.Masukkan air dan santan. Masukkan juga ayam dan sayur-sayuran yang lambat empuk. Kacau sentiasa sehingga mendidih dan sayur empuk.
4.Perasakan dengan garam dan gula serta masukkn sayuran yang mudah empuk.
5.Apabila mendidih dan sayurnya masak, hidangkan panas-panas bersama nasi.

Selamat Mencuba!
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan