Khamis, 9 Mei 2013

Bukankah kita ada Allah SWT, Tuhan kepada insan dan segaka ujian?


 Hilal Asyraf(Official)'s status fb


Antara sebab mengapa seseorang itu berjaya ialah kerana dia tidak mudah patah semangat.

Dia usaha, dia usaha, dia usaha. Betul dia pertingkatkan lagi, salah dia perbaiki. Yang penting dia terus, terus, terus dalam perjalanannya menggapai kejayaan.

Orang yang hatinya kecil untuk menerima kritikan, menahan bahang cerca dan kutukan, menadah cela dan segaka bentuk ujian, memang hanya akan tersangkut di tengah jalan.

"Jadi macam mana hendak kuat?"

Bukankah kita ada Allah SWT, Tuhan kepada insan dan segaka ujian?

Maka mengapa tidak kita kembali melihat kondisi iman?

Di situ permulaan buat kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan