Rabu, 29 Mei 2013

IBADAH TERBAHAGI KEPADA DUA

IBADAH TERBAHAGI KEPADA DUA

1. IBADAH KHUSUS
Ibadah khusus ialah ibadah yang caranya, rukunnya dan syarat-syaratnya telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala iaitu ibadah yang mana struktur, sistem dan peraturannya telah ditetapkan oleh syariat Islamiyah secara lengkap dan terperinci dan mesti dilaksanakan dengan sempurna, Ibadah jenis ini hanya boleh dilaksanakan sesuai dengan apa yang telah ditetapkan tanpa boleh dipinda, diubah suai, ditokok tambah atau dikurangi. Contohnya ibadah solat, puasa , zakat dan mengerjakan haji. Dengan erti kata lain mesti ditunaikan oleh setiap individu yang mencukupi syarat-syarat dan digelar sebagai ibadah 'fardhu ain'.

2. IBADAH UMUM
Ibadah umum pula ialah yang meliputi segala aspek kehidupan manusia. Iaitu pengabdian diri secara tidak langsung kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala menerusi semua kehidupan duniawi yang mengikat hubungan sesama manusia dan makhluk lain yang berlandaskan akidah dan syariat Islam. Antaranya urusan tersebut termasuklah aktiviti atau amalan manusia di ladang, kilang, pejabat, di rumah atau di mana saja, dan pada bila-bila masa tanpa terikat dengan satu-satu jangka masa atau tempat-tempat tertentu. Ia meliputi kegiatan kehidupan seharian , tetapi mempunyai syarat-syarat tertentu.

* Kegiatan di facebook juga merupakan ibadah
jika sekiranya kita mengajak kepada kebaikan, share ilmu yang mendatangkan manfaat.

-Al Inshirah-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan