Selasa, 21 Mei 2013

::Kalam Para Kekasih::


::Kalam Para Kekasih::

“Jadilah kamu anak yang bijak pada masamu.Jika kamu melihat mereka seperti serigala,maka janganlah kamu seperti kambing yang jadi santapan mereka.Dan jika kamu melihat mereka seperti kambing,maka janganlah kamu seperti serigala yang menghantui mereka...”
[Al Habib Abdul Rahman As-Seggaf]

“Jika engkau melihat seorang selalu berkelakuan baik,maka yakinlah engkau orang itu teguh agamanya.”
[Al Habib Umar Bin Abdul Rahman Al-Attas(Penyusun Ratib Al-Attas)]

“Siapa yang bergaul bersama orang baik-baik,dia layak mendapat makrifat dan rahsia(sirr).Dan mereka yang bergaul dengan para pendosa akan berhak mendapat hina dan api neraka.”
[Al Habib Syeikh Abu Bakar Bin Salim]

"Ke hadapankan akhlak ehsan dalam setiap aspek kehidupan seharian kita hatta dalam memberi/menjawab salam. Kenali hak orang lain untuk perolehi sifat adil & kenali hak kita pada orang lain untuk perolehi sifat ehsan." 
[Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid]

"Ambillah manfaat dari setiap orang yang dapat memberimu manfaat" 
[Al Habib Ali Muhammad Hussein Al-Habsyi(Pengarang mawlid Simthud Duror)]

"Antara fadhilat hadiri majlis maulid/selawat/ilmu adalah kita hadir dengan membawa dosa sebesar gunung, maka ketahuilah serta yakinlah bahawa dosa tersebut diampunkanNya malahan digantikan dengan pahala sebesar gunung olehNya."
[Al-Habib Soleh Muhammad Al Jufri,Solo]

“Siapa yang tidak gigih pada awal (Bidayat) tidak akan sampai ke garis akhir (nihayat). Dan orang yang tidak bersungguh-sungguh (mujahadat), tidak akan mencapai kebenaran (Musyahadat).”
[Al Habib Syeikh Abu Bakar Bin Salim]

“Perhatikan kebiasaan baik yang engkau inginkan wafat dalam kebiasaan itu, kerana itu tetaplah engkau dalam kebiasaan seperti itu. Dan perhatikanlah kebiasaan buruk yang tidak engkau inginkan wafat dalam kebiasaan itu, kerana itu jauhilah kebiasaan itu...”
-[Al Habib Umar Bin Abdul Rahman Al-Attas(Penyusun Ratib Al-Attas)]

“Rendah hatilah dan jangan bersikap bongkak dan angkuh”
[Al Habib Syeikh Abu Bakar Bin Salim]

“Seluruh kebaikan terdapat dalam diam,gunakanlah akal fikiran,kerana di dalamnya terdapat rahsia.Janganlah hari-harimu kau lewatkan tanpa sedekah sekalipun seberat anak semut...”
[Al Habib Abdullah al-Aidrus Bin Abu Bakar Sakran (Penyusun Ratib Al-Aidrus)]

"Barangsiapa membuka bagi dirinya satu pintu niat baik, maka Allah SWT membukakan baginya 70 pintu taufiq. Dan barangsiapa membukakan untuk dirinya satu pintu niat buruk maka Allah SWT membukakan untuknya 70 pintu khidzlan(dorongan bermaksiat)."
[Al Habib Ahmad bin Hasan Al Atthas].

"Berkata Sayyidina Ali bin Abi Tholib,karamaLlahu wajhah,
"Bermain-mainlah dengan anakmu untuk 7 tahun pertama,ajari mereka dengan adab dalam 7 tahun berikut,persiapkan mereka dengan ilmu untuk 7 tahun berikut & jadilah sahabat mereka untuk selama-lamanya."
[Al Habib Abdul Rahman bin Ali Masyhur bin Hafiz]

"Seorang penyair Islam,Muhammad Iqbal dari Pakistan,bersya'ir,
*Umat manusia hari ini bukan tidak kenal akan cinta. Tetapi mereka cuma tersalah mengalamatkan cinta itu....
*Sepatutnya cinta itu dialamatkan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, namun ramai yang tersalah menghantarnya."
[Syeikh Ahmad Fahmi Zam Zam Al Banjari Al Maliki Asy-Syazuli]

"Sesiapa yang mendakwa sesuatu yang bukan haknya,maka akan dibuka baginya pintu-pintu ujian dalam keadaan dia tidak mampu untuk menanggungnya."
[Al Imam Ibnu Ajibah]

"Agama itu asas dan raja itu pengawal yang menjaga amal.Sesuatu yang tidak ada asas akan runtuh,dan sesuatu yang tidak ada pengawal,maka akan berlaku kecurian."
[Al Imam Al-Ghazali]

SUMBER :
http://qasidah-cinta.blogspot.com/2013/02/kalam-para-kekasih.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan