Khamis, 31 Oktober 2013

BERBUAT KEBAIKAN KEPADA ORANG LAIN, BIKIN JIWA MENJADI LEBIH TENTERAM


shared Bicara Hidayah's status.
BERBUAT KEBAIKAN KEPADA ORANG LAIN, BIKIN JIWA MENJADI LEBIH TENTERAM 

Tiada cara yang lebih utama untuk menghilangkan kecemasan dibandingkan dengan memberikan suatu kebaikan dan berbuat baik kepada orang lain. Hal ini bukan sekadar nasihat melainkan fakta yang berkaitan dengan kejiwaan. Mari kita cuba sendiri. Mencuba untuk berbuat baik kepada orang lain dan memberikan amal kebaikan kepada orang lain. Namun dengan syarat pemberian anda itu sekadar bentuk perwujudan ketaatan kepada Allah dan pelayanan tanpa imbalan materi.

Anda akan melihat dan merasakan betapa menjadi lapang hati anda. Suatu ketika, seorang laki-laki datang mengadu kepada Rasulullah , bahawa hatinya menjadi keras. Ia mengadu kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, bahawa ia merasa susah, sedih dan cemas. Hal inilah yang menyebabkan seseorang itu merasakan bahawa hatinya menjadi keras.

Dari HR Ahmad dan Baihaqi, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “ Usaplah kepala anak yatim dan beri makan orang miskin.”

Dari Hadith Riwayat Al Haakim dan al Baihaqi, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

“Orang-orang yang gemar berbuat kebaikan terjaga dari bencana keburukan. Ahli kebaikan di dunia merupakan juga ahli kebaikan di akhirat. Dan orang-orang pertama kali masuk syurga adalah mereka yang ahli dalam kebaikan.”

Allah pasti menghilangkan kegelisahan seseorang yang gemar membantu sesamanya, juga orang yang gemar menolong orang lain yang kesulitan.

Dari HR Muslim dan lainnya, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,

“Siapa yang menghilangkan kegelisahan seorang mukmin dari kegelisahan-kegelisahannya di dunia, niscaya Allah menghilangkan kegelisahan-kegelisahannya di hari kiamat. Dan siapa yang memberikan kemudahan kepada seseorang dari kesulitan, Allah akan memberikan kemudahan kepadanya di dunia dan akhirat. Dan Allah akan memberi pertolongan kepada hamba-Nya selama hamba-Nya itu memberi pertolongan kepada saudaranya.”

Dengan perbuatan baik dan pertolongan kepada orang lain, anda akan mendapat ridha dan taufik dari Allah.

Sumber :‘Isyiriin Nasiihah lit-Takhlulush min al qalaq, Adil Fathi Abdullah, terjemahan oleh Faisal Hakim Halimy

(harapansatria.blogspot.com)
________________
“Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula)” (Ar-Rahman: 60)
هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ

Shared By: bicara.hidayah 2 ( .. buat diriku ..)
☆ ⋆ ☆ ⋆ ☆ ⋆ ☆

Tiada ulasan:

Catat Ulasan