Khamis, 31 Oktober 2013

AKU DIA DAN MALAM

share dari link fb ~Tunteja Teja


AKU DIA DAN MALAM

Senjamu merenggut tirai
Melabuh secadur malam nan bingit
Terhamparlah hitam di mata bulan
Bila awan muram mengendong mimpi
Jendelaku tersapu angin

Dingin bersama tasbih cinta
Ku ajukan buat Dia
Turunlah gerimis sebak
Biar berombak dada dini dgn tahmid
Kau takarlah alun rinduku
Sementara subuh masih tidur

Menghimpun sejantung mimpi dalam relung nafas
Membilang detak nadi bersama zikir
Berdegup seiring kerdip bintang bertaburan
Mengalir darah kerinduan

Malam
secadur cangkir harap yang kian hangat
Menanti Dia menuang cahaya
Ke piring jiwa

Tunteja teja 3.03 am

Tiada ulasan:

Catat Ulasan