Syurga; jannah; heaven. Mudah diungkap tetapi susah didapati.
Syurga itu bukan mudah untuk kita dapat, para Nabi, Rasul dan kaum sebelum kita melalui keadaan yang lebih susah dari kita - hanya kerana mereka beriman kepada Allah.
Berapa ramai rakan kita yg baru kembali menjadi islam dihalau keluarga, diugut bunuh, dipisahkan ibu/bapa dengan anak, menjadi sehelai sepinggang - hanya kerana mereka beriman.
Sumayyah r.a dibunuh dengan begitu siksa, suaminya dibutakan hidup-hidup, umat terdahulu yg beriman disikat daging tubuh mereka dengan sikat besi sehingga mati, dicampak ke dalam api hingga hangus, direbus hidup-hidup. Tetapi mereka tetap beriman.
Dan ujian kita hanyalah secebis dari kesedihan & kegalauan yg mereka lalui.
Dan kadangkala kita lupa bahawa ujian itu sebenarnya untuk menguji iman/keyakinan juga pergantungan & ilmu kita pada/tentang Allah, tetapi kita memilih untuk mengeluh & menyalahkan orang lain/suasana sehinggakan kita lupa untuk meneguk & membaiki keadan melalui pengajaran disebalik ujian tersebut.
Bersyukurlah. Bersedekahlah. Kurangkan mengadu kepada makhluk. Carilah ilmu & dalami setiap patah kata dari kalam Allah (al-Quran), sungguh, ilmu yg bermanfaat dan kesabaran yg baik itu ibarat cahaya. Berbuatlah kebaikan pada orang lain dengan harapan untuk Redha Allah. Allah tidak pernah penat tetapi manusia mempunyai banyak kelemahan.
Kami berdoa agar Allah memudahkan segala urusan kita, meneguhkan iman di hati & jiwa kita agar kita mendapat pengakhiran yang baik, mengilhamkan kita jalan kebaikan, memberi kita pengampunan & maghfirah juga diterima segala amal kita & diterima untuk masuk ke syurga, tanpa hisab. Amin ya Rahman, ya Rahim.
Segala puji hanyasanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan