Khamis, 22 Oktober 2015

JANGAN MENANGGIS DI BANTALMU...

share dari link fb ~ Rohana Saad

JANGAN MENANGGIS DI BANTALMU...

Berbahagialah orang-orang yang mendapat ujian, kerana pada hakikatnya Allah telah memilihmu untuk menjadi orang yang sabar. Allah menguji apakah kita lulus ujian meraih gelaran sabar atau gagal... Cara paling mujarab untuk mengendalikan hati ketika mendapat musibah adalah kita meyakini bahwa setiap detik musibah, resah, atau sedih yang kita alami, semuanya akan membuahkan pahala, selama kita tetap bersabar. Maka, wajib bagi kita untuk bersabar atas musibah atas kenyataan yang pahit menimpa. Yakinlah, apa yang Allah tetapkan akan berhujung dengan kebahagian selama kita ikhlas menjalaninya.

Mudah-mudahan Allah memberikan hidayah kepada kita semua dan Allah berkenan memberikan kesabaran dan pahala besar atas kesabaran kita atas musibah tersebut, kerana Allah telah berjanji untuk memberikan pahala yang besar kepada orang-orang yang bersabar.

Jangan meremehkan erti sebuah doa kerana doa boleh merubah takdir. Menanggislah didalam sujudmu bukan menanggis di atas bantalmu. Musibah yang membuatmu sedar untuk kembali taat adalah NIKMAT . Sedangkan nikmat yang membuatmu lalai untuk berbuat dosa adalah MUSIBAH

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Ahad, 18 Oktober 2015

PETUA PUTIHKAN GIGI

share dari link fb ~ Denaihati Network

PETUA PUTIHKAN GIGI

Boleh cuba mana-mana cara berikut...
Cara 1 : Strawberi
Campurkan minuman soda dengan pulpa strawberi dan sapukan campuran ni kat gigi guna berus gigi lembut. Biar selama lima minit, lepas tu berus gigi guna ubat gigi biasa. Bilas mulut macam biasa. Jangan kerap sangat cara ni, takut2 rosak tooth coating.

Cara 2 : Kulit lemon / oren
Gosok bahagian dalam kulit oren / lemon kat gigi, lepas tu bilas. Kemudian berus gigi guna ubat gigi macam biasa, ubat gigi berfluorida. Amalkan seminggu, inshaAllah nampak perubahan warna gigi. Juga jangan berlebuhan sebab takut2 kandungan asid oren / lemon memberi kesan kat enamel gigi.

Cara 3 : Kulit pisang
Gunakan bahagian dalam kulit pisang, sapukan pada gigi dalam 2minit. Mineral pada kulit pisang seperti potasium, magnesium dan manganese akan serap kototan pada gigi.

Cara 4 : Minyak zaitun
Cari minyak zaitun asli, sebelum berus gigi, titiskan sikit kat berus gigi. Lepas tu berus gigi dan bilas macam biasa. Boleh juga titiskan kat kain dan gosok-gosok kat gigi.

Cara 5 : Baking Soda
Gunakan soda penaik tu untuk putihkan gigi. Campur sedikit sahaja dengan ubat gigi atau campur dengan hydrogen peroxide untuk bersihkan dan putihkan gigi. Hydrogen peroxide tu fungsi dia sebagai ejen anti-bakteria.

Cara 6 : Serbuk karbon / arang
Karbon ada kualiti serapan, ia mampu menyerap toksin, bahan kimia dan kotoran berasid. Basahkan berus gigi, cicah sikit kat serbuk karbon dan berus gigi dengan gerakan bulatan (circular motion) selama kira-kira 2 minit. Serbuk karbon berfungsi menyerap kotoran terkumpul pada gigi.

Selamat Mencuba

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Pesan Sang Rasul

share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin

Pesan Sang Rasul; "Kaum Quraisy menggunakan kekuatan mereka untuk menyakiti umat Islam yang ingin beribadah. Kekuatan seperti ini yang mesti diperangi. Tetapi apabila kaum kafir tidak mengganggu kepada kaum muslimin, tiada keperluan untuk jihad memerangi mereka. Kita perlu memahami sejarah kaum Muslimin. Ketika dizalimi, ditekan, ditindas, ke mana kaum muslimin berhijrah?"

"Rasulullah ﷺ menyuruh kaum muslimin berhijrah ke Habsyah. Yang rajanya seorang Kristian iaitu Raja Najasyi kerana dia seorang pemimpin yang tidak menzalimi rakyatnya. Kalau jihad ialah membunuh semua pemimpin yang tidak beriman, mengapa Rasulullah ﷺ tidak memerangi Raja Najasyi?"

"Bahkan Nabi ﷺ memuji dengan mengatakan Raja Najasyi ialah raja yang adil. Kaum musyrikin dan Raja Najasyi dua-duanya punya kuasa, tapi yang diperangi cuma kaum Quraisy kerana mereka menghalang orang beriman untuk beribadah kepada Rasulullah ﷺ." 

"Diriwayatkan kisah Abu Jandal bin Suhail bin Amr. Dia beriman ketika berlakunya perjanjian Hudaibiyah. Oleh sebab itu dia diseret ayahnya sendiri untuk balik ke Mekah. Rasulullah ﷺ berkata padanya; “Bersabarlah kamu, bersabarlah. Allah akan buka jalan keluar padamu.”

"Bagaimana dengan konsep jihad? Seorang Muslim diseret di hadapan Rasulullah ﷺ dan Rasulullah ﷺ suruh dia sabar, kenapa? Kerana jihad bukan panggilan emosi, atau fanatik atau perasaan marah. Jihad ada tatacaranya, ada hukum hakamnya. Rasulullah ﷺ tidak pernah khianat pada perjanjian walaupun dengan kaum kafir."

"Pada Perang Khaibar, yang berlaku pada tahun kelima atau enam Hijrah, di kawasan yang agak jauh dari Madinah. Ketika itu Nabi ﷺ membawa tentera kaum muslimim keluar dan dan pusingan pertama perang itu dimenangi kaum Muslimin. Lalu setelah itu, utusan kaum Yahudi dihantar untuk memohon perdamaian dan Rasulullah ﷺ terima."

"Kenapa? Kalau konsep jihad untuk bunuh semua kenapa Rasulullah ﷺ terima perdamaian, sedangkan baginda dan muslimin dalam keadaan menang. Tak cukup dengan itu, perdamaian itu datang dengan kondisi iaitu separuh hasil kurma di beri kepada muslimin, dan separuh kepada Yahudi."

"Bukankah sepatutnya kalau kaum muslimin menang, semua harta musuh menjadi milik kaum muslimin. Ya. Tapi Rasulullah ﷺ terima untuk berkongsi dengan mereka. Ini bukan untuk menunjukkan lemah, atau rendah tapi untuk menunjukkan toleransi dalam agama ini, dan menunjukkan bahawa agama ini berdamai dengan sesiapa saja yang menyokong perdamaian."

"Ini agama bukan agama yang kejam atau agama pertumpahan darah. Nabi ﷺ berdamai dan akur dengan permintaan mereka, walaupun mereka Yahudi. Kekufuran kaum musyrikin tak sama dengan kekufuran kaum Yahudi. Kaum Musyrikin, mereka tak tahu tentang agama Allah dan kenabian, tapi kaum Yahudi sudah menerima kitab sebelum itu dan tahu akan kedatangan Nabi yang terakhir."

"Tapi mereka tidak mahu beriman, bahkan memusuhi Nabi ﷺ jauh lebih ketat berbanding kaun Musyrikin. Tapi Nabi ﷺ masih mahu berdamai, untuk menunjukkan toleransi dalam agama ini dan mengharapkan ada di antara mereka yang mahu beriman."

"Jika mereka semua dibunuh dalam keadaan kufur, semuanya akan masuk neraka dan itu bukan yang Rasulullah ﷺ inginkan. Nabi ﷺ diutuskan untuk menyelamatkan orang dari neraka. Setiap tahun Abdullah ibnu Rawahah akan pergi untuk buat anggaran hasil kurma yang menjadi milik kaum Muslimin dan Yahudi." 

"Nabi ﷺ sentiasa ada dalam mengagihkan bahagain kaum Yahudi dan kaum Muslimin. Suatu hari ketika Abdullah datang, salah seorang ketua Yahudi datang dan menyuruh Abdullah menipu kiraanya kepada Rasulullah ﷺ. Tapi kata Abdullah; “Saya datang daripada orang yang sangat aku sanjungi dan sayangi, kepada orang yang paling aku benci yakni Yahudi, tapi itu tidak mengganggu aku untuk berlaku zalim kepada kamu, dan juga tidak menjadikan aku untuk berlaku tidak adil kepada kamu.” 

"Iman sahabat Rasulullah ﷺ tidak boleh dibeli dengan duit. Wallahi, aku ingin datang daripada orang yang paling aku sayangi Rasulullah ﷺ, kepada orang yang paling aku benci Yahudi, akan tetapi kedua-duanya tak mengganggu aku untuk tidak adil kepada mana-mana pihak."

"Dalam satu kisah, Sayyidina Ali diberi bendera untuk keluar berperang dan dipesan untuk berjalan dengan tidak menoleh ke belakang lagi. Ketika berjalan, Sayyidina Ali berhenti bertanya tanpa menoleh ke belakang; “Atas dasar apa saya perangi mereka?” 

"Yakni matlamat jihad bukan untuk membunuh, sekadar melawan orang yang menghalang tersebarnya agama Allah سبحانه و تعالى. Jawab Rasulullah ﷺ; “Perangilah mereka sehingga mereka mengucapkan Lailahaillallah.” Pesan Rasulullah ﷺ lag, kepada Sayyidina Ali ketika memegang bendera."

"Pesan Rasulullah; “Dengan sebab engkau menjadi hidayah kepada walaupun satu orang, adalah lebih baik daripada engkau mendapatkan dunia dan seisinya." Yakni matlamat agama ini ialah memberi hidayah, dan bukannya membunuh kepada sesiapa saja. Ini pesanan terakhir Nabi ﷺ sebelum Sayyidina Ali keluar ke Perang Khaibar. Ini daripada perang yakni jihad yang diperintahkan Rasulullah ﷺ."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Kentang Masala

share dari link fb ~Kerja Dari Rumah

Kentang Masala
==============

Sangat sesuai bagi anda yang gemarkan makanan yang berempah dan pedas.

BAHAN-BAHAN:

500 gm kentang | dipotong kiub
2 sudu makan kacang pis
4 sudu makan minyak masak
1 sudu teh buah pelaga
2 ulas bawang merah | dicincang
1 ulas bawang putih | dicincang
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk kunyit
250 ml air
1/2 sudu teh biji sawi
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan.

2. Kemudian masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, buah pelaga, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan garam secukup rasa. Tumis buat seketika.

3. Kemudian masukkan air dan kentang.

4. Masak sehingga kuah pekat dan kentang empuk.

5. Taburkan biji sawi dan kacang pis. Sedia untuk dihidang.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Senarai sayur-sayuran yang dpt membantu mencegah kanser

share dari link fb ~ Alimi Binti Othman

Senarai sayur-sayuran yang dpt membantu mencegah kanser:

01: 98.7% - ubi keledek kukus
02: 94.4% - ubi keledek mentah
03: 93.9% - asparagus
04: 82.8% - kubis bunga
05: 91.4% - kubis
06: 90.8% - brokoli
07: 83.7% - daun saderi
08: 74.0% - kulit terung
09: 55.5% - lada benggala
10: 46.5% - lobak merah
11: 37.6% - bunga lily kering
12: 35.4% - kubis cina
13: 34.7% - kailan
14: 32.9% - sawi 
15: 29.8% - mizuna/sawi Jepun
16: 23.8% - tomato

Minum air lemon panas boleh mencegah kanser. Jangan tambah gula. Air lemon panas lebih bermanfaat drp air lemon sejuk. Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.

1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut

2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.

3. Memakan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.

4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.

5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.

6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.

7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.

8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.

9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.

10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.

11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.

12. Jangan mengecas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur. 

13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.

14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.

15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.

16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ia mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.

17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.

18. Makanan yang menbuatkan anda segar.. ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.

19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.

Air lemon panas boleh mengekalkan kesihatan dan membuatkan anda hidup lebih lama. 

! Air lemon panas boleh membunuh sel kanser.

Tambahkan air panas dengan 2-3 hirisan lemon. Jadikannya minuman harian. 

Kepahitan dalam air lemon panas adalah bahan untuk membunuh sel kanser. Air lemon sejuk hanya mempunyai vitamin C, tiada pencegah kanser. Tomato yang dimasak mempunyai penyembuh berbanding tomato mentah.

Air lemon panas boleh mengawal pertumbuhan kanser tumor.
Ujian klinikal telah membuktikan kajian air lemon panas.

Air lemon panas boleh mencegah darah beku.

! Tolong edarkan untuk membantu orang lain
Petua-petua untuk diamalkan.

✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.

✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh da ri situ.

✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.
Meminum air pad
a masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:

• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.

• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.

• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.
Copy & paste untuk saudara mara dan kawan-kawan........

****Jangan kedekut ilmu. 
Sila Share

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Isnin, 12 Oktober 2015

Resepi Blueberry Cheese Tart ~ Resepi asal dr kak Azita Zain







share dari link fb ~ Tahrunnisah Jali added 7 new photos.

Resepi Blueberry Cheese Tart
Resepi asal dr kak Azita Zain 
Dicuba/diolah dr segi cara2nya oleh Tahrunnisah Jali
Bahan-bahan untuk Shell tart
170 gm majerin (saya guna butter)
50 gm gula icing
1 biji telur gred C
1 sudu teh esen vanilla
290 gm tepung gandum
Cara-cara :
1. Pukul majerin dan gula dengan senduk kayu. Jangan lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang 
lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Kemaskan doh di 
dalam acuan tart dan potong lebihan doh dengan pisau di bahagian tepi-
tepi acuan tart. Cucuk dasar doh dengan garfu atau pencungkil gigi 
sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak dlm 15-20 minit sehingga doh 
bertukar menjadi warna perang menggunakan api atas bawah.
6. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara sekiranya tidak 
digunakan terus.
Nota :
Jika menggunakan telur gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi terlalu keras.
(b) CREAM CHEESE FILLING
Sumber : Kak Azita Zain
Bahan-bahan : 
250 gm cream cheese
50 gm gula kastor
1 biji telur saiz B
1/2 sudu teh esen vanilla/ esen lemon
filling blueberry
(saya menggunakan pewarna pink(bunga) , hijau(daun) dan coklat emulco(batang)
Cara-cara :
1. Keluarkan Cream cheese dr peti sejuk..biarkan pada suhu bilik sekitar 30 
minit. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Jgn terlalu lama 
juga memutar..sekadar sebati sahaja
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi. Part ni jangan terlalu lama 
sehingga cheese mencair... agak2 dah sebati semuanya terus stop..saya 
mix sekejap je menggunakan mixer . Masukkan adunan kedalam piping 
bag.
3. Masukkan filling blueberry ke dalam kulit tat.
4. Pipekan cream cheese ke atasnya sehingga membukit. (sampai ke 
bahagian sisi crust)
5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan 
beberapa titik pewarna serta kacau sebati. (saya hanya guna 1 sudu kecil 
adunan warnakan utk bunga dan daun masukkan dlm plastik kecil dan 
gunting hujung plastik sedikit sahaja. untuk coklat emulco saya tak letak 
adunan cheese..nanti gunakanpencungkil gigi lorekkan sahaja pewarna 
tu utk bahagian batang
6. Utk bunga saya pipekan bulat2 kecil utk dijadikan kelopak bunga dan utk 
daun just lorek sikit utk daun
Bakar selama 10-15 minit pada suhu 160 C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit dua lagi. Sentiasa perhatikan keadaan cheese tart dlm oven ye..nampak berkilat cantik cuba buka oven n guna jari jika tak lekat maknanya dah masak..jika over cook nanti cream cheese akan merekah.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tenggiri Masak Taucu

share dari link fb ~ Kerja Dari Rumah

Tenggiri Masak Taucu
==================

Jangan lumur garam terlalu banyak pada ikan kerana taucu sudah mempunyai rasa masin

BAHAN-BAHAN:

1 keping ikan tenggiri
200 ml air
30 gm taucu
3 ulas bawang putih | dihiris
2 cm halia | dihiris
1 biji bawang besar | dihiris
3 biji cili padi-dipotong dua
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji cili merah | dihiris nipis
Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMASAK:

1. Lumurkan ikan tenggiri dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga garing. Ketepikan.

2. Tumis bahan- bahan yang dihiris sehingga naik baunya.

3. Kemudian masukkan taucu dan kacau rata.

4. Masukkan air bersama cili padi, cili merah, garam dan gula secukup rasa.

5. Setelah mendidih tuangkan ke atas ikan tenggiri yang telah digoreng tadi.

6. Sedia untuk dinikmati.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Hubungan Dengan Allah

share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin

Hubungan Dengan Allah; "Dirikanlah solat, yakni perbaikilah hubungan kamu dengan Allah, mesrakan hubungan kamu dengan Allah سبحانه و تعالى, dekatkan hubungan kamu dengan Allah, ketika susah dan senang, jika tertekan kembali kepada Allah سبحانه و تعالى. Jangan bergantung pada kekuatan diri kamu sendiri. Ada Tuhan yang mengawal, dan memerintah kepada kamu."

"Ada Tuhan yang menjadikan musuh itu berjaya menyakiti dan menindas kamu sebagai dugaan daripada Tuhan kepada kamu. Berapa lama Firaun menindas Bani Israel? Cukup lama. Bahkan ramai yang dibunuh. Tapi adakah Allah سبحانه وتعالى perintahkan Nabi Musa عليه السلام angkat senjata kepada Firaun?"

"Tidak. Jadi apa suruhan Allah? Allah سبحانه وتعالى berfirman; “Sabarlah, kerana ini bumi milik Allah.” Disuruh sabar. Adakah Mesir itu bukan milik Allah سبحانه وتعالى? Sementara Firaun yang berkuasa di situ. Allah سبحانه وتعالى akan bagi kepada siapa saja yang Dia kehendaki, walaupun Firaun. Tapi adakah Firaun beruntung dalam hal ini?"

"Firman Allah سبحانه وتعالى; “Dan mereka yang beruntung ialah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Walaupun Firaun mentadbir dunia, tapi kalau tak bertaqwa, kerajaan yang dimilikinya itu tiada manfaat bagi dirinya. Yang baik di sisi Allah سبحانه وتعالى, walaupun tidak mentadbir bumi itu ialah bagi orang-orang yang bertaqwa."

"Kamu mahu ini dunia, ambillah kamu. Allah سبحانه وتعالى sedia memberi tapi bukan itu yang berharga disisi Allah سبحانه وتعالى. Solat adalah hubungan kita dengan Allah سبحانه و تعالى, dan zakat hubungan kita dengan manusia. Walaupun sedang dizalimi, disakiti, akan tetapi Allah perintahkan untuk perbaiki hubungan dengan Allah سبحانه و تعالى dan manusia."

"Jangan dengan dasar kamu dizalimi, segala tindakan yang salah kamu lakukan. Jangan dengan dasar kamu disakiti, segala perbuatan yang haram kamu akan langgar. La, Tidak. Jadilah hamba yang taat kepada Allah سبحانه وتعالى, bukan taat kepada keadaan. Orang yang menjadi hamba kepada keadaan akan berubah sikapnya bergantung kepada perubahan keadaan."

"Orang yang mudah terpengaruh dengan kondisi dan situasi akan menjadi hamba kondisi dan situasi. Bila orang buat baik, dia buat baik, tapi bila orang buat yang haram, dia buat yang haram juga. Pasal apa? Menjadi hamba kepada keadaan. Tapi orang yang menjadi hamba Allah سبحانه و تعالى, walau dalam keadaan apa pun suka, duka, dia akan tetap mematuhi perintah Allah سبحانه و تعالى , dan tidak akan berganjak daripada landasan yang ditetapkan Allah dan Rasul-Nya."

"Allah سبحانه و تعالى berfirman yang bermaksud; “Bersegeralah meraih pemberian, keampunan Allah dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi..” Disuruh segera. Siapa mereka? Orang yang berinfaq dalam keaaan senang dan susah. Orang mudah berinfaq dalam keadaan senang tapi berat dalam keadaan susah."

"Ini untuk menunjukkan kestabilan seseorang untuk patuh pada Allah سبحانه و تعالى, ketika susah kembali kepada Allah dengan sabar, tidak menjadi hamba kepada keadaan. Keadaan menginginkan seseorang itu melakukan satu kerusuhan, ikut juga. Tapi seorang mukmin akan guna akalnya. Keadaan yang memaksa saya bertindak ini sesuai dengan Allah dengan Rasul-Nya atau tidak?"

"Bukan keadaan yang menjadi neraca buat kita! Bukan situasi yang menjadi timbangan sikap apa yang kita perlu ambil? Jika begitu, sikap kita akan berubah mengikut situasi, jika angin ke barat ke barat, angin ke Timur, ke Timur. Rasulullah ﷺ melarang kita menjadi Pak Turut. Yakni kalau orang baik, kita baik, kalau orang tak baik, kita ikut tak baik juga. Mesti ada prinsip, pegangan kukuh yang tidak berubah iaitu perintah Allah dan Rasul-Nya."

"Sampai peringkat fitnah yang berlaku di akhir zaman memaksa orang-orang yang berpegang pada jalan agama seumpama orang yang menggenggam bara api. Fitnah ini mencabar aqidah seseorang sehingga untuk selamat, dia perlu pergi ke hujung bandar dengan membawa kambing sebagai bekalan, dan hidup dengan meminum susu daripada kambingnya sehinggalah ajal menjemputnya. Ini demi menyelamatkan agamanya."

"Perbaikilah hubungan kamu dengan Allah سبحانه وتعالى dulu. Orang yang hatinya ada Allah سبحانه وتعالى, dia tidak risau akan keadaan sekelilingnya. Dia tidak terkesan, bila keadaan ekonomi tidak baik, dia tidak takut apa-apa pun juga, sebab dia kenal Allah سبحانه وتعالى. Sebab dia tahu Allah سبحانه وتعالى sentiasa bersama dengannya, tidak kira susah ataupon senang. Dia tahu yang memberi segala nikmat adalah Allah سبحانه وتعالى, Yang Maha Kaya lagi Maha Perkasa." 

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/