Selasa, 6 Oktober 2015

Resepi Beriani Kambing Dan Nasi Beriani

share dari link fb ~ Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu

Resepi Beriani Kambing Dan Nasi Beriani

BAHAN-BAHANNYA 
1 kg daging kambing
4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt
3 s/b tomato puree
3 biji kentang potong kecil]
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4]
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
garam
akak tambah lobak merah potong besar dan kentang

Bahan tumbuk 
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak

Cara 
1. Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah beriani dan daging yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin dengan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga daging lembut.
5. Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, lobak merah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.

Bahan untuk nasi
3 cawan beras basmathi-rendam 20-30 minit kemudian toskan.
3 cawan air
1/4 cawan yogurt
1/2 cawan susu segar
4 biji bawang merah-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
1/2 inci halia-kisar

Rempah tumis
2 biji bunga lawang
1 kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji cengkih
safron atau pewarna kuning (campurkan sedikit air)
gajus goreng dan daun ketumbar untuk hiasan

Cara Masak Nasi
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis dan bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan air dan susu dan biarkan mendidih.
Masukkan beras, yogurt dan sedikit garam.
Akak terus masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.
3. Bila nasi dah masak masukkan safron merata rata dan gaul dengan menggunakan chopstick atau garfu agar bercampur warna.

Ikut step ni kalau nak

(seeloknya tutup periuk dg aluminium foil yg lebar, barulah tutup dg tudung periuk).Bila Nasi dah masak karehkan/kacau sikit2 dg garpu agar bercampur warna.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan