share dari link ~ http://www.suriafm.com.my/gaya-hidup/betik-mampu-turunkan-berat-badan-dalam-masa-seminggu/
Kalau anda nak turunkan berat badan, ada cara senang untuk kurangkan lemak yang degil tu! Anda hanya makan buah betik sebab ia kaya dengan gizi dan juga membantu untuk menurunkan berat badan dan lemak berlebihan dalam tubuh anda.
Sebenarnya betik merupakan buah yang kaya dengan kalsium, vitamin, zat besi, dan riboflavin. Betik juga mempunyai kadar lemak yang sangat rendah dan enzim dalam betik sebenarnya dapat membantu untuk melancarkan pencernaan lebih cepat dan mengurangkan sembelit. Tak percaya? Pergi la cuba! Hehe.
- Rendah Kalori
Sebiji betik kecil yang beratnya 1/2 kg hanya mengandungi 68 kalori atau 3% daripada diet standard 2,000 kalori. Diet 3,500 hingga 7,000 kalori setiap minggu, dapat mengurangkan 1 hingga 2 kg berat badan. Sangat menyihatkan?
- Serat
Satu potongan kecil betik, dapat menyediakan 2.7 gram serat. Diet cukup serat akan menetapkan pencernaan lebih baik, serta menyerap karbohidrat. Di samping itu juga mencegah naiknya gula darah yang boleh mencetuskan kenaikan berat badan.
- Lemak
Sepotong betik, hanya mengandungi 0.41 gram lemak. Tubuh memerlukan keperluan harian lemak untuk otak dan kesihatan jantung. Kalau anda makan betik, ia tidak akan menyebabkan peningkatan lemak. Berat badan pun lebih senang turun. Best kan?
- Air
Sepotong buah betik mengandungi 138 gram air atau 89% dari berat keseluruhannya. Pengambilan cecair akan membersihkan racun dari tubuh dan melancarkan metabolisme.
Diet Betik Selama Seminggu
- Mula dengan mengambil betik pada setiap pagi. Potong ala-ala dadu dan jadikan salad untuk sarapan.
- Selepas makan tengah hari, anda boleh amalkan minum 1 gelas jus betik tanpa gula. Lakukannya selama seminggu.
- Letakkan betik mentah pada suhu bilik agar cepat matang. Bila dah matang, simpan dalam peti sejuk selama seminggu.
- Amalkan pengambilan betik dalam makanan harian anda, selain itu banyakkan minum air putih, makan makanan yang kaya dengan serat dan sentiasa bersenam.
INGAT, KENA KONSISTEN TAU!
Sumber dipetik dari wanista.com
- See more at: http://www.suriafm.com.my/gaya-hidup/betik-mampu-turunkan-berat-badan-dalam-masa-seminggu/#sthash.FtINgeeZ.dpuf
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan