Khamis, 1 Oktober 2015

Pelbagai Resipi dari Majalah Rasa

share dari link fb ~ Rasa

Bebola Ikan Masam Manis

BAHAN-BAHAN:
200gm bebola ikan
1 biji bawang besar | dihiris
2 biji cili merah | dihiris
2 tangkai daun bawang | dihiris
2 ulas bawang putih | diketuk
Sos tomato secukupnya
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis secukupnya


CARA MEMASAK:
1 Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih yang diketuk dan bahan-bahan hiris sehingga layu dan berbau wangi.
2 Selepas itu masukkan sos tomato dan air secukupnya. Kacau hingga sebati dan mendidih.
3 Masukkan bebola ikan dan daun bawang. Kacau seketika sehingga masak.
4 Angkat dan sedia dihidangkan.
Bergedil Ikan

BAHAN-BAHAN:
500gm filet ikan tanpa tulang | dipotong kiub
60gm tepung gandum
30gm daun ketumbar | dicincang halus
4 batang daun bawang | dicincang halus
1 biji telur
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula perang
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar makanan . Kisar sehingga sebati.
2. Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
3. Seterusnya bentuk adunan menjadi bentuk bulat dan taburkan sedikit tepung gandum di atasnya.
4. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng bergedil ikan selama lapan minit atau kuning keemasan. Angkat dan tos.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama sos pencicah.

FOTO: cooked.com.au
Kepak Ayam BBQ

BAHAN - BAHAN: 
12 ketul kepak ayam | dibasuh dan tos 
5 ulas bawang putih | ditumbuk 
1cm halia | ditumbuk 
60ml sos tomato 
60ml sos cili 
1 sudu teh serbuk cili 
3 sudu makan kicap cair 
2 sudu makan madu 
1 sudu makan cuka 
2 sudu makan gula Melaka | dihiris halus 

CARA MEMASAK: 
1. Satukan kesemua bahan kecuali kepak ayam di dalam bekas yang besar. Gaul rata. 
2. Kemudian masukkan kepak ayam dan digaul sebati. Perap semalaman. 
3. Susun kepak ayam di atas dulang beralas aluminium foil dan panggang selama 20 minit. 
4. Balik-balikkan ayam dan sudu lebihan sos perapan tadi. 
5. Ulangi langkah dan panggang sehingga masak sempurna.
Mufin Telur Berkeju

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
100gm isi ayam | dihiris
1 biji tomato | dibuang biji dan dipotong dadu
1 biji bawang merah | dicincang
100gm keju parut
150gm isi jagung | direbus/kukus terlebih dahulu
50gm daun bawang | dihiris halus
Garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1 Pecahkan telur dalam mangkuk dan gaulkan bersama kesemua bahan lain.
2 Apabila sebati, tuangkan ke dalam bekas kecil dan bakar sehingga masak.
3 Sedia dinikmati.

Salad Kentang & Telur Rebus

BAHAN-BAHAN:

200 gm kentang | direbus dan dipotong 4
100 gm mayones
50 gm bawang merah
2 biji telur rebus| dipotong kasar
5 gm garam
5 gm lada hitam


CARA MEMASAK:

1. Gaulkan kentang, mayones, serbuk biji sawi dan bawang merah. Gaul rata.

2. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Kacau rata.

3. Akhir sekali, masukkan telur rebus. Gaul sedikit dan sedia untuk dihidangkan.

FOTO: foodgasm.tk


Sup Bebola Ikan & Filamen Ketam

BAHAN-BAHAN:
100gm bebola ikan
100gm filamen ketam
300ml air
30gm lobak merah
20gm daun saderi 
1 ulas bawang putih
10gm halia
30gm brokoli
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
Garam dan lada sulah secukupnya


CARA MEMASAK:
1. Ambil periuk dan didihkan air bersama serbuk pati ikan bilis.
2. Masukkan bawang putih, hirisan halia dan juga daun saderi.
3. Kemudian campurkan bebola ikan bersama filamen ketam, lobak merah dan juga brokoli ke dalam kuah sup.
4. Perasakan sup dengan garam dan lada sulah secukup.
5. Biarkan mendidih dan angkat.
Sup Cendawan Bersama Isi Ayam

BAHAN-BAHAN:

100gm cendawan kering | direndam air & dihiris
10gm isi ayam | dihiris
2 biji bawang merah | ditumbuk
3 biji bawang putih | ditumbuk
4 biji cili padi | dikisar
250ml air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya


CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga wangi.

2. Selepas itu masukkan air. Kacau rata dan biarkan mendidih.

3. Kemudian masukkan isi ayam. Kacau dan biarkan masak.

4. Masukkan cendawan. Pastikan cendawan diperah airnya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Kacau rata.

5. Akhir sekali, perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan bolehlah diangkat.
Telur Gulung Isi Sosej

BAHAN-BAHAN:
3 biji telur | dipukul kembang
Minyak untuk menggoreng dan menumis

BAHAN INTI:
100gm sosej | dicincang
2 sudu makan daun bawang | dihiris halus
2 sudu makan cili merah | dicincang
2 sudu makan daun ketumbar | dicincang
2 sudu makan putih telur yang sudah dipukul
½ sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Untuk bahan inti, satukan kesemua bahan dan dikacau rata.
2. Kemudian panaskan minyak dan tumis adunan tersebut. Angkat dan ketepikan.
3. Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali leper, masukkan satu adunan telur dan masak seperti membuat lempeng. Apabila telur sudah masak, angkat dan ketepikan.
4. Akhir sekali, letakkan inti di tengah telur dadar tadi dan gulung dengan kemas.
5. Potong apabila mahu dihidangkan.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan