share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin
Adab penuntut Ilmu; "Kita diajar oleh alim ulama, adab-adab apabila masuk ke majlis ilmu. Antaranya, kita kena kosongkan hatinya, seperti bekas yang kosong untuk menerima tadahan, Rasa seperti tak pernah belajar apa-apa sebelum ini. Tidak berasa; 'Oh aku dah tahu dah ilmu ini. Dan jika seseorang mengamalkan ini, Allah ﷻ akan memberikan kefahaman ilmu kepada seseorang itu lebih dari apa yang dia fahamkan terhadap ilmu tersebut."
"Antara adab seorang penuntut ilmu adalah dengan mentarbiyah hati. Ikhlaskan hatimu, ikhlaskan niatmu wahai penuntut ilmu. Kenali serta rawati penyakit hati dengan mempelajari Ilmu tasawuf kerana pentingnya ilmu tasawuf buat diri kita semua. Semua penuntut ilmu perlu bermuhasabah diri. Apakah yang memotivasikan dirinya? Yang menambahkan semangatnya untuk menuntut ilmu Allah سبحانه وتعالى?"
"Adakah motivasi yang mendorongnya menuntut ilmu itu untuk orang memandang dirinya hebat? Ataupun memandang dirinya seorang yang alim? Ataupun memandang dirinya seorang yang soleh? Ataupun memandang dirinya lebih tinggi daripada orang lain?"
"Jika itu yang diniatkan oleh seseorang penuntut ilmu agar dia dapat berbangga-bangga yang namanya dituturkan di dalam kalangan manusia. Dia inginkan namanya didengar-dengarkan supaya dia dipandang hormat oleh orang lain."
"Maka mereka yang melakukan perkara tersebut merupakan orang yang rugi-seruginya. Rasulullah ﷺ mengatakan; "Mereka yang melakukan amalan bukan kerana Allah سبحانه وتعالى tapi ianya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia sama ada ianya riak ataupun suma'ah."
"Seseorang yang hanya bersandarkan pada ilmu sahaja maka dia akan sesat, dia mudah menyalahkan orang lain, dia sahaja yang benar, orang lain salah, begitu juga pada seseorang yang bersandarkan pada harta, Allah سبحانه وتعالى akan tarik hartanya."
"Dan seseorang yang bersandarkan pada kerajaan, dia akan dihinakan oleh Allah, kemudian seseorang yang bersandarkan pada akal, maka akalnya, dirinya akan dirosakkan Allah dan sekiranya seseorang itu bersandarkan pada Allah, hartanya tidak akan sedikit, akalnya tidak rosak, tidak akan sesat, akan mulia di sisi Allah سبحانه وتعالى."
"Dan kitab itu hanyalah sebagai pembantu. Boleh jadi isi kandungannya boleh tersalah cetak. Makanya, untuk kefahaman ilmu perlu diambil dari dada guru itu sendiri. Kita bila kita sakit kita akan jumpe doktor. Kita tak jumpa mekanik. Kerana apa? Kerana dia adalah ahlinya. Didalam bidang perubatan. Apatah lagi dalam bidang agama. Lebih bernilai dari segala-galanya. Makanya itu kita rujuk dengan para ulama."
"Seseorang yang membicarakan ilmu agama, atau seseorang yang menyebarkan sesuatu ilmu, maka dia perlu tahu ilmu tersebut. Daripada mana ilmu tersebut. Dia perlu tahu guru yang menyampaikan ilmu tersebut, dan dia juga perlu tahu guru kepada guru nya yang menyampaikan ilmu tersebut."
"Maka ilmu ini dipanggil ilmu bersanad, ilmu yang bersambung sehingga kepada Nabi Muhammad ﷺ. Ilmu tanpa sanad maka ilmu itu tidak lengkap, ilmu itu akan ada cacatnya, dan dia akan mudah menghukum orang lain sesat, syirik, bid'ah, palsu dan sebagainya. Maka perhatikanlah pada siapa kita mengambil dan mencedok ilmu tersebut. Dan antara ilmu yang wajib dipelajari adalah ilmu tasawuf."
"Daripada Sayid Syaikh Abu Al-Hassan Al- Syadzili mengatakan; “Barangsiapa yang tiada masuk dan mengetahui akan ilmu ini, yakni ilmu tasawuf nescaya dikhuatiri ia mati dalam keadaan mengekalkan dosa-dosa tanpa diketahuinya."
"Dan sebahagian para arifbillah mengatakan termasuklah Al-mam Al-Ghazali mengatakan; “Siapa yang tidak mempelajari ilmu ini ilmu batin yakni tasawuf, saya khuatir atasnya akan menemukan “su-ul khatimah” kesudahan yang buruk. Makanya, tidak ada jalan yang dapat mengenal Allah سبحانه وتعالى, kecuali dengan perasaan murni dan hati yang sejahtera."
Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan