Tinta Khalifah - 2 August
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
:: Harapan perlu ada ::
Hayatilah kisah 4 Lilin ini, semoga bermanfaat buat kita..
Di dalam kamar yang gelap glita,
Ada 4 lilin yang menyala…
Sedikit demi sedikit habis meleleh.
Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.
Yang PERTAMA berkata: “Aku adalah DAMAI…
Namun manusia tak mampu menjagaku,
Maka lebih baik aku mematikan diriku saja!”
Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.
Yang KEDUA berkata: “ Aku adalah IMAN…
Sayangnya aku tak berguna lagi.
Manusia tak mahu mengenalku,
Untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.”
Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.
Dengan sedih giliran Lilin KETIGA bicara: “ Aku adalah CINTA…
Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala.
Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.
Mereka saling membenci...
Bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.”
Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.
Tanpa terduga…
Seorang anak kecil saat itu masuk ke dalam kamar dan melihat
ketiga-tiga lilin telah padam. Kerana takut akan kegelapan itu, ia
berkata:
“Apa yang terjadi?! Kalian harus tetap menyala, Aku takut akan kegelapan!”
Lalu ia mengangis tersedu-sedu.
Lalu dengan terharu Lilin KEEMPAT berkata:
“Jangan takut...
Janganlah menangis...
Selagi aku masih ada dan menyala,
Kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga-tiga Lilin itu..
Kerana Akulah … HARAPAN”
Dengan mata bersinar, anak kecil mengambil Lilin HARAPAN,
Lalu menyalakan kembali ketiga-tiga lilin lainnya..
Sahabatfillahku,
Memang HIDUP ini adalah ARENA UJIAN, penuh permasalahan dan cubaan.
Justeru kerana itu sahabat, kita tidak boleh MENYERAH dan BERPUTUS ASA.
Untuk menghadapi UJIAN HIDUP kita harus selalu YAKIN dan penuh HARAPAN.
Kerana kita masih punya Allah, TUHAN yang memberikan UJIAN.
DIAlah yang menghadirkan UJIAN dan DIA pula yang akan membantu kita
MENYELESAIKANNYA. Selama kita DEKAT, TUNDUK PATUH dan selalu MEMOHON
kepadaNYA, InsyaAllah.
Itulah bukti kita layak menjadi KEKASIH-NYA
Hanya orang-orang yang tidak mempunyai TUHAN sahaja yang BERPUTUS ASA dan MENYERAH KALAH.
Selagi masih ada ASA dan HARAPAN, insyaAllah kita akan BERJAYA dalam ujian dan meraih keredhaanNYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan