Ahad, 2 September 2012

:: Hati yang lara, ada ubatnya... tidak dibiarkan sepi ::

 shared Tinta Khalifah's photo.
 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

:: Hati yang lara, ada ubatnya... tidak dibiarkan sepi ::

Kadang kala..
Dia memberi sebelum si hamba sempat menadah tangan untuk meminta…
Kerana Dia sangat mengerti keperluan hambaNya…
Dia yang menjadikan si hamba dan Dia jugalah yang mengatur liku-liku perjalanan hidup hambaNya…

Apabila permintaan si hamba tidak diperkenankan,
itu bukanlah kerana Dia 'tuli'
Dan tidak mendengar rintihan serta pengaduan hambaNya…

Ada hamba-hamba yang dikasihiNya,
Yang dibiarkan menderita dan bersedih,
Dibiarkan terlantar kesakitan,
Dibiarkan susah dan miskin,
Kerana begitulah caranya Dia mendidik si hamba..

Diberi ujian-ujian yang akan menambah-dekatkan si hamba denganNya
dan melebar lorong buat si hamba dalam kembara di dunia
menuju ke syurga yang abadi.

Hamba yang menderita dan bersedih,
pasti akan mengadukan halnya kepada Dia..
Hamba yang terlantar dan kesakitan,
pasti akan merintih memohon keringanan dariNya..

Bumi ini milikNya,
Lalu selayaknyalah kita sebagai penghuni yang kerdil ini,
selalu mengadu kepadaNya…
Agar kita tahu bersyukur jika diberi rezeki yang melimpah ruah,
dengan cara membahagi-bahagikannya pula kepada penghuni yang lain..
Juga supaya kita tahu bersabar jika diberi rezeki yang sedikit,
kerana kesabaran itu sendiri yang menjadi makanan hati..

Sama ada kita bersyukur atau bersabar,
di situ Dia menjadikan ganjaran pahala sebagai bonus
untuk menempah istirehat di syurgaNya.

Adakalanya Allah memberi di saat seorang hamba itu sudah hampir putus harapan. Waktu itu hatinya hanya diserahkan kepada Allah. Apa hendak jadi pun, jadilah.. Kerana Dia yang mengatur ketentuan. Apa jua masalah, apa jua musibah yang menimpa, itulah pengaturan Tuhan.

Hikmah di sebaliknya harus digali di samping jangan lupa terus bermohon, solat hajat, bermunajat serta memperbanyakkan taubat. jika masalah masih berpanjangan dan sudah putus ikhtiar kita, maka selaku hamba wajarlah kita kembali padaNya. Terimalah hakikat bahawa itulah ujian untuk kita, agar diberiNya pahala sabar dan sebagai ingatan kepada kita supaya tahu bersyukur dengan nikmat pemberianNya.

Untungnya orang mukmin..
Semakin banyak masalah semakin mustajab doanya.
Bukan perjuangan tanpa kesulitan,
tapi dalam kesulitan ada ketenangan memugar kekuatan.
Kita tidak bersendirian kerana Allah pasti akan bersama!

Ya Allah, ujianMU ini ku pohon agar tidakku terbeban untuk memikulnya,
Semoga ujian ini menguatkan rohaniku agar terus berada di atas jalanMU..

“Ya ALLAH,
Sesungguhnya Aku Memohon CINTAMU, CINTA Orang-Orang yang MENCINTAIMU, dan AMAL yang dapat membuatku memperoleh CINTAMU.

"Ya ALLAH Jadikanlah cintaku KEPADAMU melebihi CINTA terhadap DIRIKU SENDIRI, KELUARGAKU DAN MELEBIHI CINTANYA ORANG YANG KEHAUSAN TERHADAP AIR YANG DINGIN.” ~ (HR. TIRMIDZI)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan