Rabu, 19 September 2012

TITISAN DEMI TITISAN


¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸ ¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`  ¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨` 
¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸
¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨` ¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨` 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
♥ ♥.•*•. ♥ ♥.•*•. ♥ ♥.•*•. 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
♥ ♥.•*•. ♥ ♥.•*•. ♥ ♥.•*•. ♥ ♥.•

TITISAN DEMI TITISAN
♥ ♥.•*•. ♥ ♥.•*•. ♥ ♥.•*•
♥ ♥.•* 

Titis-titis hujan membasahi bumi..
menyegarkan alam semesta
menyambung kehidupan setiap makhluk

Titis-titis embun pagi di hujung rumput
menyebarkan aroma segar dan nyaman di pagi hari
memberi ketenangan, keasyikan meneroka alam

Titis-titis keringat membasahi tubuh
memberikan kepuasan setelah berpenat lelah
untuk satu usaha yang murni

Titis-titis airmata bercucuran laju
menghimbau sejuta kenangan yang telah berlalu
menghimpun duka dan derita yang telah jauh pergi

Titis-titis dakwat terus melaju
memberi maklumat, ilmu dan pengertian
untuk sebuah kefahaman yang pelbagai

Dan di dalam titisan itulah juga membangun rohani
membangun jiwa, membangun minda dan membentuk jati diri
agar kenal erti kepayahan,
agar teguh dan tidak goyah
menghadapi pelbagai dugaan, rintangan, cabaran

Ayoh bangkitlah di kau
dari kepayahan itu agar kau tidak lagi tunduk pada sebuah kepalsuan, pada sebuah kelukaan,
pada semua tipu daya dan mehnah dunia
pada sebuah kehancuran yang penuh dukalara

Dari hal-hal yang baik aku belajar mengucap syukur
Dari hal-hal yang buruk aku belajar menjadi kuat.

Bangun...bangun.....dari lena yang panjang
Usah kau gusar pada seribu janji dusta mereka
Usah kau pedulikan lagi kata-kata manis mereka
Usah kan berpaling lagi pada mereka

Berharaplah hanya pada DIA
Ya ALLAH....tunjukkan lah aku kepada orang yang dapat menunjukkan aku kepada Mu
dan sampaikanlah aku kepada orang yang dapat menyampaikan aku kepadaMu
...

♥ ♥.•*•. ♥ ♥.•*•. ♥ ♥.•*•. ♥ ♥.•*•. ♥ ♥.•*•. ♥ ♥.•*•. ♥ ♥.

(¯`v´¯)♥ Aamiin ya Robbal 'alamiin ♥ (¯`v´¯)
`·.¸.·`(´'`v´'`)♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥(´'`v´'`)`·.¸.·`
...♥♥..♥`•.¸.•´(¯`v´¯)(¯`v´¯)`•.¸.•´♥..♥♥..
(¯`v´¯)(¯`v´¯)`•.¸.•`♥•.¸.•`(¯`v´¯)(¯`v´¯)
`•.¸.•`.`•.¸.•`.____________`•.¸.•`.`•.¸.•
(¯`v´¯)*♥* ANA UHIBBUKI FILLAH *♥*(¯`v´¯)
`•.¸.•`_¶**¶_____________¶**¶____`•.¸.•`

¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸
¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`* 
¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸
¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`* 
18/9/2012 - nukilan Sharmine Omar Al Shahab 11.53pm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan