share dari link fb ~Tinta Khalifah
Air itu bertakung lagi
Kali ini hampir saja riak-riak
yang bergenang itu bercucuran.
Aku ibarat setakung air mata di perlimbangan
Hampir sahaja takunganku bergenangan
mencurah-curah ketepian
Aku kebasahan.
Kalau mampu nescaya sudah kutahan.
Ya Allah ya Tuhan,
ada waktunya
aku mahu sekali terbang ke sana
mencecah suasana rindu
tiupan bayu syurgaMu.
Masa;
kadang-kala aku terlalu sedar untuk merasa kehadiranmu
kadang-kala terlalu gusar bila sedar kau sudah berlalu
Ya Rabbul Izzati
aku harap masih ada setakung air Kauthar untukku di sana...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan