Ahad, 4 November 2012

Hidup ini,

share dari link Pujangga Senja

Hidup ini,

Umpama kapal di tengah lautan.
Belayar ke pulau impian. 
Tenang tenteram
Siang malam berlalu,
tanpa menoleh kebelakang.
Ada segalanya
Lalu saya jadi leka.

Sesekali..
Bayu mengelus lembut,
Saya sangat bersyukur,
Inilah nikmat kurnian Allah,
Sesekali hujan panas,
Itu sudah lumrah...
Tetapi tatkala taufan datang,
Mencabar cinta kasih sayang.
Saya tak dapat tahan.
Kapal saya jadi goyang.

Saya jadi pembenci,
Saya jadi pendendam.
Mohon Allah yang Maha Penyayang,
Memberi saya kesabaran dan kekuatan,
Inikah dugaan??
Bila mana kita berkata " beriman",
Ujian Allah akan datang,
Untuk menguji...
kesohehah keimanan dan ketakwaan,
Ujian ini sungguh sakit..

Wahai kasih sayang...
Awak tidak boleh mengeluh,
Atau marah dengan ujian hidup,
Ujian mendidikmu menjadi sorang insan,
Ujian juga anugerah Tuhan,
Sungguh ia baru sedikit
Berbanding dengan ummat yang terdahulu.
Untuk kita ambil pengajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan