Antara dua hati milik kau dan aku
ada jarak yang memisahkan
Ada rasa yang tidak terungkap melalui lisan
Dan ada persoalan yang tidak terjawap
Antara dua hati milik kau dan aku
Seperti daratan dan lautan
nampak jauh namun dekat
itulah persahabatan,
walau tak dapat disatukan
namun kita sering memerlukan
sekalipun tanpa adanya suatu ikatan.
Mungkin,
Kau dan aku dipertemukan
tapi bukan untuk disatukan
apatah lagi utk dipisahkan
tetapi bukan juga untuk dijauhkan.
kerana hati kita saling berpautan
Kerana sesungguhnya,
Kita telah ditakdirkan
dengan satu pertemuan
di antara dua suratan yang berbeza.
kerana hanya DIA yang mengetahui
apa yang telah ditakdirkan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan