Isnin, 26 November 2012

Petua Tradisional Melayu Untuk Merawat Jerawat

share dari link fb ~Petua Melayu Serumpun Nusantara
Petua Tradisional Melayu Untuk Merawat Jerawat

1. Kuning Telur - Ambil separuh kuning telur ayam dan campurkan dengan madu lebah kira-kira satu camca teh dan bancuh hingga telur kelihatan seperti masak. Sapukan pada muka dan biarkan selama 20 minit. Kemudian, bilas muka dengan air suam.

2. Belimbing Buluh - Kisar belimbing buluh dan sapu ke seluruh wajah anda. Lakukan setiap malam sebelum tidur.


3. Limau Nipis - Ambil sebiji limau nipis dan di belah dua. Gosokkan pada wajah setiap malam sebelum tidur. Anda akan berasa sedikit pedih pada wajah tetapi limau nipis sangat berkesan dalam mengawal pengeluaran minyak pada wajah.


4. Tahi Cacing - Ambil kira-kira 1 camca besar tahi cacing dan campurkan dengan limau nipis. Sapukan di seluruh wajah dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas.


5. Ubat Gigi - Ubat gigi di sapu di muka sebelum masuk tidur. Jika jerawat anda membengkak, sebaik-baiknya picit dan keluarkan nanah yang terdapat pada jerawat tersebut dan sapukan dengan ubat gigi. Parut jerawat tidak akan kelihatan di muka.


6. Air Teh - Air teh dibiarkan sejuk semalaman dan digunakan untuk membasuh muka. Amalkan setiap hari, jerawat akan berkurangan.


7. Kacang Hijau - Ambil 1 sudu makan kacang hijau dan rebus. Masukkan satu camca gula, dua keping kulit kayu manis dan satu kuntum bunga cengkih. Amalkan sebagai minuman setiap hari selama seminggu atau sehingga jerawat hilang.


8. Madu Lebah -. Sapukan madu lebah asli pada bahagian yang ditumbuhi jerawat dan biarkan selama selama 1 jam sebelum di bilas. Amalkan setiap hari.


9. Daun Belimbing Buluh - Ambil daun belimbing buluh kira-kira segenggam dan tumbuk hingga lumat. Tambahkan sedikit air dan tapis. Air daun belimbing buluh itu hendaklah dibancuh dengan bedak sejuk dan disapukan pada wajah setiap malam sebelum tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan