Rabu, 12 Disember 2012

Beruntunglah mereka yang ditegur..Demi Kebaikan yang tidak mereka sedar


share dari link fb Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin (penulis) dari group Mencari Ketenangan Mutiara Hikmah

Ditegur dan Menegur...
Sama-sama SEDANG DIUJI...
astaghfirullahalazim... nauzubillahiminzalik...
Memang benar 
orang yang DITEGUR atas suatu kesilapan 
atau ketidaksempurnaan atau kekurangan itu SEDANG DIUJI hatinya 
untuk menghadam teguran & nasihat itu tidak kira ia benar atau salah..

Dia juga diuji 
bagi mengenepikan rasa terhina dan termalu atas kelemahan diri 
hingga teringin mencari alasan dan hujah balas.. 

NAMUN PERLU DIINGAT 
orang yang MENEGUR juga SEDANG DIUJI keikhlasan hatinya 
lantaran ia sedang dicucuk Syaitan bagi merasa lebih hebat, mulia, lebih bijak. 

Dia juga diuji 
bagi melawan sukarnya untuk menyedari kemungkinan tegurannya tersasar
dari kebenaran dan berlaku zalim terhadap yang ditegur...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan