Isnin, 31 Disember 2012

PENGAJARAN DARI PALESTIN


share dari link fb ~TVAlhijrah
PENGAJARAN DARI PALESTIN
Nukilan : Ustaz Izhar AriffAku menangis kerana Palestin terus dihujani peluru
Aku menangis kerana anak-anak mereka menjadi yatim piatu
Aku menangis apabila pandangan mataku terpaku
Melihat si anak terbujur kaku di pangkuan si ibu
Belum sempat air mata ku kering meratapi kesedihan si ibu
Airmataku mengalir lagi...
apabila mendengar jeritan si ayah yang sungguh syahdu.

Kata-katanya sungguh menyayat kalbu,
"Wahai anak, maafkan ayah kerana tidak dapat bersamamu,
aku masih di sini mencari bahagia untuk agama dan negara ku,
pergi lah wahai anak dengan ketenangan abadi,
Sesungguhnya ya Allah, ayah dan ibu pasti bersama mu suatu hari nanti.."

Aku kesal,
Mengenangkan nasib umat Islam
Aku kesal,
Kerana umat Islam hanya pandai mengungkapkan kalam
Aku kesal,
Kerana kuantiti kita ramai tetapi tidak mampu mencari damai

Cukuplah, cukuplah.

Sampai bila? Sampai bila?
Sampai bila kita hanya tahu melihat dan berdiam diri dengan kekejaman Zionis yg menyinga?
Menghancurkan segala yg ada di Gaza
Sudahlah bantuan keringat dan tenaga tidak kita hulurkan bersama
Cemuhan dan kejian pula yg dijadikan pembuka cerita.

Sudah lah kita hanya mampu melihat dan melihat,
tanpa berbuat apa-apa
Namun kita pula yg bersengketa.
Adakah ini tanda kita bersyukur dengan nikmat keamanan yg diberi oleh Tuhan yang Maha Esa?
Bertelagah demi pangkat dan harta
Sehingga Quran dan Sunnah dikatakan dusta.

Cukuplah,
Sampai bila kita harus berada di tahap ini
Bersatulah demi agama negara Islam yang pertiwi
Ingatlah wahai saudara dan saudari..
Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab tersendiri.

Ya Allah,
Sesungguhnya perjuangan tidak akan terhenti di sini
Berilah kekuatan kepada kami
Untuk melawan nafsu kami
Untuk melawan Zionis laknatullah
Kuatkanlah perpaduan kami
Semoga kita semua diberkati.

#demipalestintvalhijrah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan