Ahad, 23 Disember 2012

JANGAN BERSEDIH.. ALLAH BERSAMA MU..

share dari link fb ~Ramli Joned

RENUNGAN MALAM
JANGAN BERSEDIH.. ALLAH BERSAMA MU..


Bersedih tidak akan menghilangkan sakit hatimu,
Bersedih tidak akan menghasilkan kerja yang memuaskan,
Bersedih tidak membuat orang memandang hormat kepadamu,
Bersedih tidak membantumu untuk tidak terjatuh lagi,
Bersedih tidak menghilangkan rintangan yang kau hadapi, dan
Bersedih juga tidak membuat mu boleh diterima didalam lingkunganmu..

Hidup ini memang penuh dengan CUBAAN DAN DUGAAN yang harus dihadapi, Tetapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu,
Bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya,
Yakinlah setelah gelap pasti terang akan menjelang..
Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai,
Pasti ada makna disebalik itu semua,
Cuma bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..

Hidup ini terus berlari!..
Tiada masa untuk berlengah!..
Tiada masa untuk berpatah!...

Mari kita kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
Salutkan bersama doa tulus suci,
Kerana doa itu tersimpan satu kekuatan,
Kekuatan dari yang Empunya segalanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan