Sabtu, 22 Disember 2012

Di ketika ini..


share dari link fb ~RINDU DALAM SEPI

Di ketika ini..

Di ketika ini
nyanyian katak semakin nyaring
menyambut tibanya tengkujuh
melengkapkan kitaran alam semusim perjalanan

Di ketika ini
hujan membelai bumi
melelapkan embun yang sentiasa basah
pada rimbun subur alam

Di ketika ini
angin membelai pilu
memujuk hati yang sedang rawan
rindu pada yang tak sudi

~amran azahari~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan