Isnin, 31 Disember 2012

MARUAH DIRI WANITA PALESTIN

share dari link fb  TVAlhijrah

MARUAH DIRI WANITA PALESTIN

Karya : Syeikh Kyairder Syamzarey Hj Wan Idris 

Kami dicipta bukan untuk dizalimi
Malah dicipta nya kami
Sebagai penyeri sepelusuk bumi
Penghibur setia bagi suami dikala sunyi

Tetapi mereka langsung tidak memperduli
Siapanya kami
Berapa usianya kami
Angkuh dan zalim
Rakus
Ditendang ditumbuk zionis yahudi
Tidak terpikir dek akal
Dilayan kami seperti binatang
Yang tidak punyai akal dan budi pekerti

Mereka mencabul dan menyakiti setiap daripada kami
Menyumpah seranah seolah2 kami tiada hati
Tubuh yang lembut disangkanya besi
Dipukul diragut..ditarik menyembah bumi
Wajah yang cantik berubah menjadi keji
Merobek setiap inci daripada wajah yang secantik bidadari
Meluluhkan jiwa..menyentap naluri kami
Sebagai wanita islami

Wahai zionis
Jangan diuji iman kami
Takkan berganjak walau seinci
Mempertahankan maruah sebagai wanita islami
Kisah sumayyah menjadi ikutan kami
Walau diugut nyawanya sebagai galang ganti
Hidup mulia disyurga yang kekal abadi

Matinya syahid idaman setiap daripada kami
Takkan sesekali kami menyerah maruah diri
Sebagai penyelamat riwayat kami
Hidup kehinaan didalam duniawi
Semata-mata sayang kepada nafsu sendiri

#demipalestintvalhijrah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan