Isnin, 31 Disember 2012

AN-NAHDHAH (KEBANGKITAN)


AN-NAHDHAH (KEBANGKITAN)
Farrah Adeeba & Heliza Helmi

Heliza: 
Palestin bumi ku
Di sini tempatku
Walaupun emas permata kau curahkan
Tidak seinci
Tidak sebaris aku berganjak
Aku dilahirkan disini
Aku akan mati di sini

Farrah: 
Dari mana datangnya pendirianmu?
Dari mana datangnya kekuatanmu?
Jati dirimu luarbiasa
Wahai Palestin

Farrah: 
Kenapa anak kecil? Kenapa engkau menangis?
Kau tangisi kematian ayahmu?

Heliza: Tidak

Farrah
: Kau tangisi kesempitan hidupmu?

Heliza: Tidak

Farrah: Kau tangisi nasib bangsamu?

Heliza: Tidak

Farrah: Jadi kenapa kau menangis anak kecil?

Heliza: Aku menangis kerana aku sedih umat islam tidak bersatu dan berpecah belah. Aku takut, aku bimbang, setiap pengorbanan & dan setiap titisan darah kami ini hanya sia-sia.

Farrah

Usah menangis anak kecil. Aku berjanji. Setiap saat, setiap inci, setiap baris hidupku akan aku gunakan untuk mempertahankan tanah haram umat ku. Akan aku khabarkan rahsia kekuatan bangsamu. Agar bangsaku sekuat, seutuh bangsa Palestin.

Farrah

Ya, aku sudah temui rahsianya
Aku sudah temui jawapannya
Aku faham kini 
Dari mana datangnya keyakinanmu
Dari mana datangnya kepercayaanmu
Dari mana datangnya pendirianmu
Dan dari mana datangnya kekuatanmu

Heliza
Ayuh bangun semua
Ayuh bangun saudaraku
Ayuh bangun dari keselesaan
Ayuh bangun dari kealpaan
Ayuh bangun dari kebutaan

Farrah
Biar mata hati kita celik malam ini
Biar kita bangun mlm ini
Biar cita-cita kita jelas malam ini
Biar jiwa ummah Malaysia sehidup ummah Palestin, ummah Bumi Anbiya

Heliza
Ayuh sambut soalan aku

Siapa tuhan kamu (ALLAH)
Siapa guru kamu (RASULULLAH)
Apa pegangan kamu (AL-QURAN)
Apa cita cita hidup kamu (JIHAD FISABILILLAH)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan