Rabu, 6 November 2013

SAHABAT....

share dari link fb ~Pelangi Senja


Andai hari ini aku terlalu gembira
Sedangkan kalian dipasung duka
Sedarkan aku dengan amaran Allah Azzawajalla

Andai aku bersedih bungkam tanpa kata
Sedangkan terhijab diri bahawa pernah bahagia
Pujuklah aku dengan tarbiyah Maha Pencinta

Andai tersungkur...
Aku berasa lemah tak berdaya
Sedangkan masih ramai yang berhati lara
Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga

Sahabatku...
Andai antara kita ada tembok pemisah
Ajaklah aku merobohkannya segera

Andai pernah hatimu ku gores luka
Khabarkanlah diriku silap dan alpa

Kerana bagiku...Dikau ku kasihi...

Ukhuwah kita begitu bermakna
Sembari diriku...apa adanya...

♥♥♥
061113
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan