Ahad, 15 Februari 2015

APENDIKS

share daril ink fb ~OLIVE HOUSE Lagenda Heights

APENDIKS

Adalah lebihan pada usus perut. sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga atau peritonitis.

Dalam anatomi manusia, apendiks atau dalam b.inggeris (vemiform appendix) adalah hujung buntu tiub yang bercantum dengan kaekum. Kebiasaanya panjang apendik ialah 10cm. diameter pula 7-8mm.Apendiks merupakan tiub yg sempit, berongga dan hujung tertutup ia bersambung dengan usus.

Fungsi apendiks telah lama menjadi misteri dikalangan doktor, ramai diantara mereka mempercayai apendiks tiada fungsi di dalam badan. Jika ditanya mana-mana saintis atau penyelidik, mereka pasti akan menerangkan betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t. , setiap bahagian dalam badan pasti ada kegunaan.

Sebelum ini, pembuangan apendiks dijadikan rutin ketika pembedahan melibatkan abdomen ini bagi mencegah sebarang kemungkinan berlakunya radang apendiks dimasa akan datang.

Sekarang, rutin ini tidak lagi dijalankan, sebaliknya apendiks ini disimpan kerana dikuatiri akan digunakan jikalau pundi kencing terpaksa dibuang kerana sebab-sebab tertentu di dalam pembebedahan tersebut sebahagian usus dijadikan otot yang mengawal air kencing. Maka pesakit tersebut dapat menahan air kencing..
________________________________________________

SOALAN : 

Assalamualaikum doktor..

Bagaimana hendak mencegah dan merawat apendiks? 
Adakah dengan membuang/memotongnya mampu mencegah ia daripada berulang sakit lagi? 
Adakah juga Minyak Zaitun/Sari Cuka Teen dapat membantu? Mohon nasihat dari doktor.

JAWAPAN DR. HAFIZAH :

Waalaikumsalam. 

Penyakit appendicitis adalah radang atau inflamasi pada organ appendix. Appendix adalah organ umpama unjuran mukosa pada usus besar di persimpangan usus besar dan usus kecil. 

Dahulu, saintis dengan mudah mengatakan appendix adalah organ yang tidak berguna dan dengan itu merasa tidak bersalah membuangnya berbanding mengubatinya. 

Appendix adalah lubuk bakteria baik dan membantu pencernaan cellulose dari tumbuhan. Seseorang yang terkena appendicitis bermakna telah terlalu banyak mengambil makanan proses atau mungkin mempunyai tabiat makan secara berlebihan. 

Semua ini menyumbang kepada kerosakan dinding usus dan ketidakseimbangan flora dalam usus. Dan ketidakseimbangan inilah yang menyebabkan penyakit. Kembalikan keseimbangan usus dengan beramal makan gaya Rasulullah S.A.W. dan makanan dalam al-Quran dan elakkan makanan proses yang syubhah. 

Wallahu alam. 

JAWAPAN DR. SALMAN :

Waalaikumsalam. 

Apendiks ialah salur buntu pada usus yang menjadi tempat pengumpulan bakteria baik bagi usus walaupun fungsi sebenarnya masih tidak diketahui. 

Radang apendiks menyebabkan sakit di bahagian perut bawah kanan dan jika dibiarkan boleh menjadi nanah atau punca jangkitan darah. Rawatan biasa ialah antibiotic & appendicectomy iaitu pembedahan kecil membuang apendik. 

Minyak Zaitun dan Fig Vinegar boleh dicuba pada peringkat awal untuk mengurangkan radang tetapi jika sakit perut bertambah disertai demam. 

Sila rujuk ke hospital kerana dikhuatiri apendik boleh pecah di dalam sesetengah kes dan memerlukan pembedahan kecemasan. 
√√ 
heart emoticon
Quranic Food
√√ 
heart emoticon
 Olive House
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan