Isnin, 9 Februari 2015

DUNIA RACUN YANG MEMBUNUH

share dari link fb ~Ustaz Nasir

DUNIA RACUN YANG MEMBUNUH

Dunia bukan tempat bersombong-sombong , bukan tempat menunjuk kehebatan dan keangkuhan.

Dunia adalah penjara bagi orang yang beriman.

Ada ke orang bila dalam penjara pun masih nak sombong , rasa angkuh dan nak tunjuk ego?

Dunia ini adalah racun yang membunuh...

Perumpamaan orang yang tahu dan tidak tahu akan bahayanya dunia ialah seperti seseorang yang melihat di dalam sepotong kek diletakkan racun yang membunuh.

Orang yang mengetahui bahawa kek itu ada di dalamnya racun sudah tentu akan menjauhinya walau bagaimana cantik dan sedapnya kek itu.

Orang yang tidak mengetahui.. maka dia berebut untuk dapatkan kek tersebut walau terpaksa memijak, angkuh dan kekadang berlagak sombong dengan saudara-saudaranya hanya semata2 untuk sepotong kek beracun.
.
Dia tak sedar, yang dia akan mati dengan dunianya.

Kebodohan apakah yang paling besar kalau bukan kebodohan sebegini?
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan