Isnin, 9 Februari 2015

SALAH SATU CARA UNTUK MEMBERSIHKAN HATI,PENYUCIAN JIWA KITA ADALAH DENGAN BERSEDEKAH DAN KETAHUILAH HARTA ITU TIDAK AKAN BERKURANG KALAU BERSEDEKAH BAHKAN BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI CARA UNTUK BERUBAT

share dari link fb ~Muhamad Shahbudin

SALAH SATU CARA UNTUK MEMBERSIHKAN HATI,PENYUCIAN JIWA KITA ADALAH DENGAN BERSEDEKAH DAN KETAHUILAH HARTA ITU TIDAK AKAN BERKURANG KALAU BERSEDEKAH BAHKAN BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI CARA UNTUK BERUBAT

Allahسبحانه وتعالى berfirman di dalam Al-Quran maksudnya "Apa sahaja yang kalian infakkan daripada harta benda kalian maka biarkan Aku(Allah) sahaja yang mengantikan apa yang kalian infakkan tersebut."

Maka bila kita berinfak ada 3 anjuran perkara yang perlu kita ucapkan ketika ingin bersedekah iaitu:

1)Kita katakan bahawasanya "Dahulu aku adalah benda yang fana yang akan binasa.Akan tetapi aku sedekahkan harta benda tersebut mudah-mudahan akan berkekalan di sisi Allah.

2)Kita katakan "Engkau wahai hartaku.Sebelum ini adalah benda yang sedikit nilainya.Akan tetapi setelah aku sedekahkan maka nilaimu akan berlipat kali ganda menjadi banyak di sisi Allah

3)Kita katakan "Engkau wahai hartaku.Sebelum ini aku yang menjaga kamu daripada pencuri dan orang-orang yang berniat jahat terhadapmu.Akan tetapi setelah aku sedekahkan maka engkaulah yang akan menjaga aku kelak di sisi Allah.

Kerana Baginda Nabi ﷺ bersabda di dalam hadis "Berpagi-pagilah kalian untuk bersedekah kerana bala dan musibah itu tidak akan menimpa kepada orang yang bersedekah."

Di dalam riwayat yang lainnya Baginda Nabi ﷺ bersabda "Ubatilah orang-orang yang sakit di antara kalian dengan bersedekah."

Dikisahkan suatu hari berlaku menimpa kepada seorang yang soleh.Yang mana beliau ketika itu ahli keluarganya,anak-anaknya sedang sakit.Maka sudah menjadi kebiasaannya manusia akan pergi berubat berjumpa dengan doktor dan sebagainya untuk mengubati orang yang sakit.

Akan tetapi lelaki soleh ini tidak berubat seperti itu malah dia mengatakan "Aku akan mengubati ahli keluarga dan anak-anakku dengan cara Sunnah Nabi ﷺ."

Maka dia pun mengambil sebahagian daripada harta bendanya dan dia mengatakan "Aku akan pergi kepada orang-orang yang memerlukan,orang-orang fakir miskin dan aku akan memberikan sedekah kepada mereka.

Dan aku akan mengucapkan "Demi Allah aju telah mendengar sabda Baginda Nabi ﷺ yang mengatakan "Ubatilah orang-orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah."

Saksikanlah Ya Allah,aku bersedekah ini untuk mengubati orang-orang yang sakit di rumahku.Maka dengan demikian mudah-mudahan Allah akan menyembuhkan semua penyakit-penyakit yang ada daripada ahli keluargaku ini.

Ini adalah sesuatu perkara yang menakjubkan yang dilakukan oleh orang-orang yang soleh.Yang mana mereka ini yakni orang-orang yang soleh yang hampir dengan Allah penggantungan mereka kepada Allah begitu kuat dan mereka mengamalkan apa yang diperintahkan seperti mana yang diperintahkan oleh Baginda Nabi ﷺ.

#MutiaraKata[AL-HABIB HUSSAIN BIN AHMAD BIN MUHAMMAD AL-HADDAR]

Pada suatu hari Nabi Rasulullah ﷺbalik ke rumah.Ketika itu di rumah Baginda ﷺ ada menyembelih seekor kambing.Kemudian Nabi ﷺ balik dan bertanya kepada Isteri Baginda ﷺ iaitu Saidina Aisyah"Apa lagi yang tinggal dari kambing itu?" Baginda Nabi ﷺ
tahu bahawa isteri-isteri Nabi ﷺsangat pemurah.Pantang dapat benda mesti nak sedekah pada orang.Pantang dapat benda sikit mesti hendak infak sana infak sini,tangannya murah tak pernah kedekut.Baginda ﷺ tahu.

Apabila balik terus Baginda Nabi ﷺ tanya isteri Baginda kambing tadi ada tak dan apa yang masih tinggal lagi?Maka Isteri Baginda ﷺ
menjawab semuanya masih ada kambing itu melainkan sebelah kaki telah sedekahkan kepada jiran sebelah.

Maka isteri Nabi ﷺ
mengatakan semuanya ada kecuali sebelah kaki.Tetapi Nabi ﷺ mengatakan "Sebenarnya semuanya tak ada melainkan sebelah kaki."Maksudnya apa?Dekat akhirat nanti kita akan dapat sebelah kaki itu sahaja yang lebih itu kita tak dapat.

Apabila kita memberikan infakkan sesuatu Nabi ﷺ mengatakan "semua tak ada semua kita tak dapat melainkan sebelah kaki kita akan dapat Baginda Nabi ﷺ betulkan.

Sebab apa kerana bila kita berikan sesuatu infak fisabillilah.Maka itu akan menjadi satu simpanan bagi kita di akhirat nanti bahkan Allah سبحانه وتعالى akan laburkan apa yang kita infak.

Sebab itu di dalam hadis Baginda Nabi ﷺ mengatakan "Sesungguhnya setiap yang kita belanjakan fisabillilah ini Allah akan laburkan,Allah akan perbesarkannya seperti membesarkan seekor anak kambing yang kecik.Seekor anak kambing yang kecik kita bagi makan makin lama makin besar makin lama makin besar.Maacam itu juga segala kita infakkan fisabillilah semuanya akan dilaburkan oleh Allah سبحانه وتعالى

Sebab itu jangan terkejut dekat Akhirat nanti bilamana seorang dekat dunia dia sedekah Rm10 tapi dekat Akhirat nanti dapat seolah-olah dia bersedekah beribu-ribu ringgit.

Allah سبحانه وتعالى memberi kita satu galakkan kepada kita untuk satu amalan yang nilainya sangat besar di sisi Allah سبحانه وتعالى.Bahkan Allah سبحانه وتعالى ibaratkan jihad fisabillah itu sebagai perniagaan.Bila ada perniagaan.Maka kita kena memberi sebab itu kita kena keluarkan modal.

Modal dia apa?Masa kita,waktu kita berehat masa itulah nak fisabillilah adanya keperluan untuk kita pergi sana pergi sini dan harta kita kena berkurang sikit.

Apakah perniagaan yang tak akan rugi itu?

1)Kamu beriman dengan Allah سبحانه وتعالى

2)Kamu beriman dengan Rasulullah ﷺ.

3)Kamu berjihad fisabillilah dengan harta kamu dengan diri kamu itu lebih bagi kamu sekiranya kamu mengetahuinya.

#MutiaraKata[AL-HABIB MAHDI ABU BAKAR AL-HAMID diterjemahkan oleh AL-FADHIL USTAZ ASHRAF MOHAMED OSMAN

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan