Rabu, 27 November 2013

Berdoalah dan belajar bersyukur dengan berterima kasih kepadanya dan taat kepadanya.

share dari link fb ~ Ustaz ~Ebit Lew at Subang Skypark Terminal Airport

Seorang pelajar universiti jumpa saya dan bertanya, ustaz kenapa hidup saya tidak pernah bernasib baik. Dia pun ceritakan kesusahannya. Berat mendengarnya. Pasti lebih berat bahu yang menanggung. Saya cuba bantu mana yang termampu.

Berdoalah dan belajar bersyukur dengan berterima kasih kepadanya dan taat kepadanya. Bawalah kebaikan dan suka bantu orang lain kerana Allah.

Ya Allah tuhan kami yang penyayang. Dulu kami tiada di dalam dunia. Kau yang adakan kami. Ya Allah, dulu kami tidak boleh bercakap.Kau yang ajarkan kami bercakap. Dulu kami tidak boleh berdiri, berjalan, berlari kau yang beri kami berlari.

Ya Allah, dulu kami tiada apa-apa. Kau yang pinjamkan kami segalanya. Ya Allah, dulu kami tiada tempat tinggal, pelajaran, tiada keluarga, tiada pekerjaan, kau yang telah beri semua. 

Ya Allah Tuhan kami, yang beri kami anak.Ya Allah, yang bagi semua. Ya Allah nikmat paling besar, nikmat Islam ini. Ya Allah terima kasih beri kami Islam. Beri keluarga kami Islam.

Ya Allah maafkan kami kerana kebodohan dan kelalaian kami, kami langgar perintahMu, dan tidak lihat hikmah segala ketetapanMu.

Ya Allah kami nak kau redha dan sayang kami. Cukuplah kau buat kami. Kami dapat redha dan kasih sayangMu, itulah segalanya buat kami-ebit lew

Tiada ulasan:

Catat Ulasan