Jumaat, 29 November 2013

Renungan sejenak: [NOTA KAUNSELING]

share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah 

Renungan sejenak:

[NOTA KAUNSELING]

Orang yang bahagia bukan orang yang MENDAPAT mendapat segala yang terbaik di dunia, tetapi orang yang MENGGUNAKAN sesuatu dengan cara yang terbaik dari apa yang ada.

Kehidupan ibarat KOPI. Pekerjaan, kedudukan dan wang adalah ibarat CAWAN.

Jika kita terlalu CEMBURU dan IRI HATI dengan cawan yang dimiliki oleh rakan, jiran dan musuh kita, kita TIDAK MENIKMATI air kopi yang dihadapan kita.

Jangan sesiakan PERHATIAN dan JIWA kita pada cawan yang digunakan oleh mereka, tetapi berikan TUMPUAN dan NIKMATILAH air kopi yang sedang kita minum.

Kerana kebahagian kita bukanlah sesuatu yang dinilai orang, tetapi sesuatu yang kita nikmati …

[via: Dr Zubaidi Hj Ahmad] http://drzubaidi.com/blog
~bahagiaitusederhana~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan