Rabu, 27 November 2013

~ Kasut Tinggi Punca Penyakit ~

share dari link fb ~Info Penyakit Wanita

~ Kasut Tinggi Punca Penyakit ~

[✔] Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.

[✔] Neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.

[✔] Pergelangan kaki mudah terseliuh. 

[✔] Sukar mengimbang berat badan.

[✔] Kecacatan haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.

[✔] Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asal dan menimbulkan masalah kesihatan bukan saja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.

[✔] Peredaran darah terganggu.

[✔] Tekanan pada jari menjadi lebih besar hingga menyebabkan jari kaki bengkok.

-------

INFO PENTING

Perunding Ortopedik Hospital Pantai Cheras, Dr Khairul Faizi Mohammad, berkata, wanita sebaiknya digalakkan memakai kasut bertapak rata (flat) berbanding memakai kasut bertumit tinggi.

“Jika wanita mahu juga memakai kasut tumit tinggi, dinasihatkan tidak lebih daripada dua sentimeter atau kurang. Pemakaian kasut tumit tinggi yang melampau boleh menyebabkan tulang pinggul, tulang belakang dan lutut menjadi bengkok.

“Pemakaian kasut tumit tinggi yang berterusan juga dapat meningkatkan risiko radang pada ibu jari, kerosakan tulang tapak kaki selain menyebabkan kaki merosot ke bahagian depan kasut kerana beban tertumpu pada jari kaki,” katanya ketika ditemui di hospital itu baru-baru ini.

Menurutnya, semakin berusia seseorang wanita, saiz serta tapak kaki juga semakin lebar disebabkan lemak semakin tipis. Selain itu, pemakaian kasut tumit tinggi turut mendorong peredaran darah tidak lancar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan