Jumaat, 29 November 2013

Doa malaikat Jibril a.s. ketika meruqyah Nabi s.a.w yang sedang sakit.

share dari link fb ~Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad
 
[Re-post]

Assalamualaikum semua, satu lagi amalan yang mahu saya kongsikan ialah doa malaikat Jibril a.s. ketika meruqyah Nabi s.a.w yang sedang sakit.

Hadisnya:

Bahawa Jibril AS datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Wahai Muhammad, adakah kamu sakit?” Jawab (Nabi SAW): “Ya”. (Lalu Jibril menjampi baginda SAW): “Dengan nama Allah, aku meruqyah mu dari segala sesuatu yang menyakitkan mu dan daripada kejahatan setiap manusia atau pandangan mata yang hasad. Allah yang menyembuhkan kamu dan dengan nama Allah aku meruqyah mu” 

(Hadith riwayat Muslim [Kitab al-Salam, No.hadith 5700]. Lihat Muslim (2000M), Sahih Muslim dalam Mawsu’ah al-Hadith, ibid., h.1066)


Sebarkan melalui SHARE. Semoga ada insan yang sakit kembali sihat dengan izin Allah. Semoga bermanfaat buat kita semua. Semoga ada kebajikan buat kita di 'sana' nanti.

Jangan malas atau kedekut ilmu. Jin, syaitan dan iblis akan halang hati anda menyebarkan perkara seperti ini. Kerana mereka tidak mahu kita tahu senjata bagi memusnahkan mereka. 

Follow @ Like : www.facebook.com/DrAsmadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan