Khamis, 21 November 2013

SOTONG GORENG SOS TIRAM

***Zai Adanan

SOTONG GORENG SOS TIRAM

Bahan-bahan:
8 ekor sotong sederhana besar - buka kulit dan kelar
***toskan dan keringkan menggunakan tisu dapur.Tabur sedikit garam dan serbuk kunyit secukupnya.Gaul mesra.Goreng sotong dengan api sedehana sehingga habis.Ketepikan.

Bahan sos:
2 ulas bawang putih - ketuk dan potong kecil
1 sudu makan cili giling
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sk gula
1/2 ketul pati ayam
1/2 gelas air
1/2 biji lada benggala hijau*
1/2 biji lada benggala merah*
1 biji bawang besar* 
(Bahan yg bertanda * dipotong dadu)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih.
2. Masukkan cili giling berserta gula.Tumis sekejap
3. Masukkan sos tiram,kicap manis,pati ayam dan air
4. Setelah mendidih masukkan bahan2 yg dipotong dadu tadi.
5. Agak2 kuah pekat,matikan api 
6. Tuangkan sos keatas sotong goreng tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan