Rabu, 10 Disember 2014

Ayam Udang Gulung

share dari link fb ~Dapur Kami

Ayam Udang Gulung
sumber : resipiibundo.blogspot

Bahan-bahan:

kulit tahu yang nipis (ada terdapat di tesco/giant/carefour) 

2 ketul dada ayam sederhana besar

6 ekor udang saiz agak besar

1/4 labu bawang besar

2 ulas bawang putih

1 sudu teh serbuk lada putih

garam secukupnya

1/2 sudu teh serbuk ayam knorr

1 batang daun sadri dihiris/cincang halus

1/2 biji cili merah dicincang halus

2 sudu besar tepung jagung

1 biji putih telur


Cara:

Potong ayam dan udang kecil-kecil. Masukkan ke dalam blender bersama bawang besar dan bawang putih. Tambah sedikit air. Blender halus. 

Masukkan ke dalam mangkuk dan gaul bersama dengan bahan lain.


Potong kulit tahu anggaran 4x5 inci. Boleh juga ikut saiz sendiri.

Letak inti. Gulung sekali, lipat di bahagian tepinya. Kemudian gulung sampai habis.


Panaskan kukusan. Kukus kulit tahu berintikan ayam dan udang yang digulung tadi sehingga masak.

Angkat dan sejukkan. Kemudian dipotong-potong mengikut citarasa.

Bundo cicah dengan sos cili saja sebab masa dah terhad untuk membuat sosnya.


Rasanya? Kena buat sendiri nak tahu rasa macamana.

Jadikan salah satu bahan yong taufu sedap ni.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan