Rabu, 10 Disember 2014

Pasta Penne Frittata

share dari link fb ~Dapur Kami

Pasta Penne Frittata
sumber : my-mintroom.blogspot

Bahan:
6 bj telur 
3 sdb heavy cream - saya guna susu penuh krim/susu kotak 1 cwn keju parmesan - saya guna mozarella 
3 cwn pasta penne yang dah dimasak dan disejukkan
3 sdt thyme segar - cincang 
2 sdb daun parsely - saya x letak 
3sdt oregano - cincang ( saya tambah ) 
2 tangkai rosemary - cincang (saya tambah) 
½ biji bell pepper - cincang (saya tambah) 
1 bj lemon – sagat kulitnya saja
1/2 sdt garam halus 
1/2 sdt serbuk lada hitam 
1/2 sdt serbuk lada sulah - saya tambah 
2 sdb minyak zaitun - untuk menggoreng 

Cara:
Dalam mangkuk, satukan telur dan susu cair kacau sehingga sebati sahaja. Masukkan pasta penne dan semua bahan kecuali minyak zaitun.

Panaskan minyak dalam kuali leper bersaiz 10 inci dengan api sederhana. Tuaangkan campuran pasta tadi dan masak selama 7-8 minit sehingga tepinya kekuningan. Alihkan kuali dari api dan dengan menggunakan spatula, alihkan frittata ke dalam pinggan yang bersaiz sama. Terbalikkan ke dalam kuali semula dan teruskan masak selama 5-6 minit pada permukaan yang lagi satu.

Taburkan dengan sedikit thyme segar dan boleh dimakan panas atau sejuk.

Nota:

Anda boleh guna apa saja jenis herba yang ada di dapur. Tak semestinya herba yang saya gunakan di atas, seperti daun bawang, daun kucai dan sebagainya. Jika anda kurang faham dengan cara memasak yang saya terangkan di atas, anda boleh ke SINI untuk video step by step cara penyediaannya. Pastikan anda letak enough seasoning (garam dan serbuk lada hitam serta lada sulah ya)...sebab pasta penne tu tak ada rasa langsung, kalau tak cukup seasoning nanti rasa dia jadi bland atau hambar. Tak syiok...
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan