Selasa, 9 Disember 2014

share dari link fb ~Kelas Bakeri

Resepi Caramel Macchiato Ice Cream
 Kelas Bakeri

bahan-bahan caramel :
85g butter
1/2 cawan brown sugar
1 sudu besar air
1/8 sudu kecil garam (kurang dari 1/4 sudu kecil)
85ml susu cair
1/2 sudu kecil esen vanila

bahan-bahan ice cream : 
1 sudu besar serbuk kopi instant
1 sudu besar air panas
1/4 cawan susu pekat manis

2 1/4 cawan dairy whipping cream
5 keping biskut digestive atau biskut Oreo - hancurkan kasar-kasar
1/2 cawan badam hiris - disangar (roasted)
1/4 cawan susu segar (susu kotak)

cara-cara caramel : 

1. Masak butter, brown sugar & air. Didihkan 5 minit & matikan api. (Api jgn besar nanti hangus pulak)
2. Tuang susu cair perlahan-lahan. Masuk kan juga garam & esen vanila. Gaul hingga sebati. Biarkan sejuk.

cara-cara ice cream :

1. Satukan serbuk kopi, air panas & susu pekat manis. Gaul rata. Ketepikan.
2. Pukul whipping cream & susu segar hingga pekat maksima.
3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Sebahagian dicampur dengan bancuhan kopi & sebahagian lagi dicampur dengan 3/4 adunan caramel. Gaul rata.
4. Masuk kan setengah adunan ice cream kedalam bekas. Terpulang anda kalau nak selang seli atau taruk selepuk-selepuk.
5. Taburkan setengah biskut & setengah badam keatas ice cream. 
6. Tutup dengan baki ice cream kopi & caramel. Kemudian taburkan lagi baki biskut & badam. 
7. Tutup bekas & masuk kan ke dalam freezer sekurang-kurangnya 6 jam sebelum dimakan.

** Macchiato (sebutan makiato) ialah gabungan kopi espresso & caramel.
** Hidangkan ice cream dengan curahan baki caramel keatas ice cream.

LIKE & SHARE.
Lebih banyak koleksi resepi di www.koleksiresepi.net
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan